Kronologi PRK Kerdau

Diterbitkan: Ahad, 6 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KHIDMAT... Pekerja parti yang bertanding membawa keluar pengundi dari Kampung Pulau Pasir Mandi menggunakan bot untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan Pulai Pasir Mandi ketika tinjauan foto BERNAMA sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau di Temerloh, Ahad.
KHIDMAT... Pekerja parti yang bertanding membawa keluar pengundi dari Kampung Pulau Pasir Mandi menggunakan bot untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan Pulai Pasir Mandi ketika tinjauan foto BERNAMA sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau di Temerloh, Ahad.

BERIKUT merupakan kronologi proses pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau yang mula berlangsung pada jam 8 pagi Ahad dan akan berakhir pada jam 5 petang:

7.40 petang: Selepas 17 peti undi, BN memperoleh 3, 746 undi dan PAs mendapat 1,612 undi. Majoriti 2, 134 undi. Peti belum diterima 6.

7.25 petang: Selepas 11 peti undi diterima, BN mendapat 2,170 undi dan PAS mendapat 984 undi. 12 peti undi masih belum diterima.

6.25 petang: Keputusan tidak rasmi: (Lipat Kajang) BN 243 undi. PAS 99 undi. Rosak 4. Majoriti 140 undi.

(Desa Murni) BN 698 undi. PAS 377 undi. Rosak 10. Majoriti 321.

(Kuala Tekal) BN 241 undi. PAS 64 undi. Rosak 5. Majoriti 177 undi.

5.00 petang: Proses pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Kerdau ditutup.

4.20 petang: Sehingga pukul 4 petang, peratusan keluar mengundi ialah 81.52 peratus atau 7,336 orang pengundi.

3.30 petang: Sehingga pukul 3 petang, seramai 7,149 orang pengundi atau 79.44 peratus sudah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

2.30 petang: Sehingga pukul 2 petang, SPR mengumumkan peratusan keluar mengundi ialah 75.62 peratus atau 6,805 orang pengundi.

1.26 petang: SPR mengumumkan jumlah keluar mengundi sehingga pukul 1 tengah hari ialah 6,467 orang atau 71.86 peratus.

12.30 tengah hari: Sehingga pukul 12 tengah hari, seramai 5,874 pengundi atau 65.27 peratus telah keluar mengundi.

11.25 pagi: SPR memaklumkan peratusan keluar mengundi sehingga 11 pagi ialah sebanyak 54.34 peratus atau 4,890 orang pengundi.

10.35 pagi: Suasana mengundi di Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 22, Felda Jengka 22 berjalan dengan lancar. Pengundi mula datang menunaikan tanggungjawab masing-masing.

10.30 pagi: Sehingga pukul 10 pagi, jumlah keluar mengundi ialah seramai 3,262 orang atau 36.25 peratus.

9.35 pagi: Sehingga pukul 9.30 pagi, jumlah keluar mengundi ialah 1,399 orang atau 15.55 peratus.

8.55 pagi: Suasana di luar pusat pengundian SMK Kerdau tegang apabila berlaku 'perang mulut' antara penyokong PAS dan BN.

Ketegangan dipercayai berlaku akibat provokasi penyokong PAS yang menghampiri kawasan penyokong BN.

8.20 pagi: Calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad membuang undi di Sekolah Kebangsaan Kuala Tekal, Kuala Krau.

8.00 pagi: Proses pengundian bagi pilihan raya kecil DUN mula dibuka.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan