PRK Merlimau, Kerdau: Pilih Calon BN - Muhyiddin - Berita Semasa | mStar

PRK Merlimau, Kerdau: Pilih Calon BN - Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 5 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JASIN: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap pengundi di kawasan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau mengundi calon Barisan Nasional (BN) pada Ahad.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, pengundi di kedua-dua kawasan dilihat sudah bersedia untuk emnunaikan kewajipan mereka di pusat-pusat mengundi yang telah ditetapkan.

"Harap semua pengundi keluar mengundi untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan membawa kad pengenalan.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi khasnya di Merlimau dan Kerdau yang saya lihat menyambut baik kempen yang digerakkan oleh pemimpin BN di peringkat akar umbi," katanya kepada pemberita katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Petani, Penternak dan Nelayan Melaka di sini, Sabtu.

Di DUN Merlimau, sebanyak tujuh buah sekolah ditetapkan sebagai pusat mengundi dengan 21 Saluran tempat mengundi.

Sementara di Kerdau, 10 buah sekolah, dua buah balai raya dan sebuah dewan akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi kesemuanya 22 Saluran Tempat Mengundi.

Terdapat 10,679 pemilih berdaftar di DUN Merlimau dan 8,999 pemilih di Kerdau.

PRK DUN Merlimau menyaksikan calon BN Roslan Ahmad ditentang calon PAS, Yuhaizad Abdullah yang berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lepas akibat serangan jantung. Di Kerdau pula, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad dicabar calon PAS, Hassanuddin Salim, yang diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lalu.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, respons yang memberangsangkan itu menunjukkan pengundi sudah menerima baik semua penjelasan yang diberi dan mereka melihat sendiri keupayaan kepimpinan BN. "Inilah kelebihan pilihan raya kecil, rkayat dapat membandingkan apa yang BN buat sebagai kerajaan, macam di sini (Merlimau) meriah dan saya lihat mereka sudah bersedia untuk mengundi, jadi satu petanda baik kepada Barisan Nasional," katanya.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan