PRK Merlimau, Kerdau: 80 Peratus Dijangka Keluar Mengundi - Berita Semasa | mStar

PRK Merlimau, Kerdau: 80 Peratus Dijangka Keluar Mengundi

Diterbitkan: Sabtu, 5 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Oleh HAIRULAZIM MAHMUD JASIN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan kira-kira 80 peratus pengundi akan keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Merlimau dan Kerdau.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata proses pengundian bagi pilihan raya kecil itu akan bermula 8 pagi dan ditutup 5 petang.

"Kita jangkakan keputusan akan diumumkan pada pukul 8 malam sama ada di Merlimau dan Kerdau," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat kepada pegawai dan kakitangan SPR di Pusat Penjumlahan Undi di Politeknik Merlimau di sini, Sabtu.

Bagi menjalankan pilihan raya kecil N.27 Merlimau, SPR akan menggunakan tujuh buah sekolah sebagai pusat mengundi dengan 21 Saluran tempat mengundi.

Sementara di Kerdau, 10 buah sekolah, dua buah balai raya dan sebuah dewan akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi kesemuanya 22 Saluran Tempat Mengundi.

Terdapat 10,679 pemilih berdaftar di DUN Merlimau dan 8,999 pemilih di Kerdau.

Dalam pada itu, Abdul Aziz menyeru orang ramai supaya keluar mengundi awal bagi mengelakkan kebarangkalian gagal berbuat demikian jika lewat.

"Jabatan Meteorologi meramalkan cuaca cerah tapi hujan dijangka pada waktu petang. Tetapi tolong keluar awal untuk mengundi, mana tahu jika hujan pula pada tengah hari," ujarnya.

Katanya pengundi yang mahu memeriksa pusat pengundian mereka boleh berbuat demikian melalui laman web SPR di www.spr.gov.my atau melalui SMS kepada SPR dengan menaip SEMAK NOMBOR KP dan hantar ke 15888.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan