PRK Kerdau: Calon PAS Ikrar Terus Khidmat Jika Tewas

Diterbitkan: Sabtu, 5 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK TEMERLOH: Calon PAS, Hassanuddin Salim berikrar akan terus berkhidmat kepada masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau sekiranya gagal memenangi pilihan raya kecil yang akan diadakan esok.

Menurut beliau, hubungan baik dengan masyarakat setempat tidak akan membataskannya untuk terus menabur bakti kepada walaupun tidak bergelar wakil rakyat.

"Secara peribadinya saya mengenali dengan baik penduduk di DUN Kerdau termasuk penduduk Orang Asli dan juga di kawasan penempatan Felda.

"Walaupun ditakdirkan saya tewas esok, insyaAllah saya tidak akan berputus asa dan akan terus membantu masyarakat mengikut kemampuan saya," katanya ketika ditemui di sini, Sabtu.

Esok pengundi DUN Kerdau akan menjalankan tanggungjawab mereka untuk memilih wakil rakyat yang baru.

Hassanuddin akan berhadapan dengan calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Hassanuddin pernah bertanding di DUN berkenaan pada pilihan raya umum 2008 namun tewas di tangan wakil BN, Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim dengan majoriti 1,615 undi.

Selain itu Hassanuddin berharap pengundi di kawasan berkenaan akan membuat keputusan bijak dengan memilih seorang pemimpin yang mampu berkhidmat dengan baik kepada masyarakat setempat.

"Saya menyeru kepada pengundi agar buat pilihan yang bijak demi kesejahteraan hidup mereka," katanya.

Mengulas mengenai perjalanan kempen pada hari terakhir, Hassanuddin berkata jentera PAS sedang berusaha ke tahap maksimum bagi meraih undi demi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan