Pentadbiran Pakatan Pembangkang Di P. Pinang "Tiga Tahun Yang Mengecewakan" - UMNO

Diterbitkan: Sabtu, 5 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman menyifatkan pentadbiran pakatan pembangkang di Pulau Pinang sebagai "tiga tahun yang mengecewakan".

Beliau berkata kerajaan DAP Pulau Pinang yang memerintah negeri ini sejak tahun 2008 nyata gagal mengotakan janji-janji yang dibuat kepada rakyat pada pilihan raya umum lepas.

"DAP lebih kepada retorik, terbawa-bawa dengan sikap sebagai pembangkang dan tidak menumpukan kepada pentadbiran negeri," katanya kepada pemberita selepas Perasmian Serentak Mesyuarat Umno cawangan bagi pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri, Parlimen Nibong Tebal di sini, Sabtu.

Zainal Abidin, yang juga Ketua Umno Bahagian Nibong Tebal, diminta mengulas mengenai menjelang tiga tahun pentadbiran pakatan pembangkang di Pulau Pinang, 8 Mac ini.

Katanya kerajaan negeri gagal membawa pembangunan kepada rakyat Pulau Pinang dan kebanyakan pembangunan yang ada adalah hasil usaha kerajaan terdahulu.

"Dari segi pelaburan juga, kebanyakannya adalah usaha kerajaan pusat. Ada juga yang dibawa oleh kerajaan negeri sekarang tetapi jumlahnya sangat sedikit," katanya.

Zainal Abidin berkata kerajaan negeri sepatutnya menumpukan perhatian dalam menyelesaikan masalah rakyat bukannya mengharapkan kerajaan persekutuan untuk menyelesaikan masalah di Pulau Pinang. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan