Muhyiddin: Kerajaan Tidak Akan Biar Pembangkang Terus Hasut Rakyat

Diterbitkan: Sabtu, 5 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Oleh HAIRULAZIM MAHMUD JASIN: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan tidak akan membiarkan rakyat negara ini terpengaruh dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab melakukan provokasi seperti yang berlaku di negara-negara Asia Barat dan Afrika.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak memandang ringan isu keselamatan seperti itu kerana dengan sengaja mahu menghuru-harakan Malaysia yang aman.

Malah, tegasnya lagi, tindakan undang-undang akan diambil apabila didapati keadaan memerlukan.

"Kita memantau secara teliti pihak pembangkang yang sengaja menyentuh soal-soal yang membahayakan rakyat.

"Mereka hanya pentingkan politik mereka tanpa menilai keselamatan, kestabilan politik dan keamanan dalam negara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Petani, Penternak dan Nelayan Melaka di sini, Sabtu.

Beliau pada Jumaat, memberi amaran kepada pihak pembangkang supaya tidak bermain api dengan terus melakukan provokasi terhadap rakyat kononnya mahu mencontohi kejatuhan kerajaan seperti di Tunisia, Mesir dan krisis di Libya.

Beliau juga memohon rakyat supaya jangan benarkan mana-mana pihak menghancurkan negara hanya kerana kepentingan politik sempit dan semata-mata mahu menang pilihan raya.

Mengulas mengenai isu kenaikan harga barangan yang dimomokkan oleh pembangkang dalam kempen pilihan raya kecil sama di Merlimau atau Kerdau, Muhyiddin menjelaskan, situasi itu berlaku bukan kerana dasar oleh kerajaan BN.

Sebaliknya, katanya, keadaan itu berlaku disebabkan perubahan iklim dunia yang tidak emnentu termasuk di negara-negara pengeluar mekanan selain krisis politik di negara-negara Asia Barat.

Sebagai contohnya, beliau berkata, banjir besar di Australia khususnya di Queensland yang merupakan pengeksport utama daging bagi Malaysia menyebabkan penegeluaran terjejas dan harga naik dan di Asia Barat mengakibatkan harga minyak naik.

Krisis itu kata beliau, menyebabkan bekalan makanan dunia berkurangan ditambah dengan peningkatan jumlah penduduk dunia.

Kerana itu, beliau memberitahu, kerajaan sekarang menumpukan bagaimana kaedah terbaik untuk pengeluar makanan domestik dapat menampung bekalan sekurang-kurangnya untuk keperluan dalam negara walaupun tidak banyak.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan