Lima Pelajar Malaysia Di Libya Selamat Tiba Dari Dhaka

Diterbitkan: Sabtu, 5 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Lima pelajar Malaysia di bawah tajaan World Islamic Call Society bagi mengikuti pengajian di Libya selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi Sabtu.

Mereka yang terdiri daripada dua pelajar perempuan dan tiga lelaki yang sepatutnya tiba semalam, tiba kira-kira 7.30 pagi ini dengan pesawat Malaysia Airlines MH197 dari Dhaka, Bangladesh.

Kelewatan itu adalah disebabkan penerbangan mereka dari Karachi, Pakistan telah tertangguh dan gagal mendapatkan penerbangan sambungan.

Walaupun keletihan kerana terpaksa mengharungi perjalanan hampir tiga hari, Nurul Fathiyyah Izzati Afifah Ibrahim, Nabilah Mohd Ali, Sahaor Abd Aziz Mat Lazim, Mohd Zulhelmi Mat Saad dan Mohd Fauzan Abu Kassim jelas gembira apabila disambut oleh anggota keluarga masing-masing.

Mereka adalah antara tujuh pelajar yang ditaja oleh World Islamic Call Society untuk mengikuti pengajian di Universiti Dakwah Islamiah di Tripoli.

Mereka yang pada mulanya telah memilih untuk terus berada di universiti telah bertukar fikiran untuk kembali ke tanah air akibat ketegangan yang semakin meruncing di negara itu.

Dua rakan mereka telah dipindah keluar dari negara itu pada 25 Feb lepas dan selamat tiba di tanah air tiga hari selepas itu.

Kumpulan lima pelajar ini adalah kumpulan terakhir rakyat Malaysia yang dibawa keluar dari Libya yang sedang bergolak akibat tunjuk perasaan rakyatnya yang mendesak pemimpinnya Muammar Gaddafi meletak jawatan.

Sementara itu, menurut kenyataan Wisma Putra, seorang petugas Ranhill Bhd, Tan Shaw Kiong tiba semalam kira-kira pukul 10 malam di Terminal Tambang Murah, KLIA. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan