Keputusan PRK Merlimau Dan Kerdau Dijangka 8 Malam Ahad

Diterbitkan: Sabtu, 5 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JASIN: Keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau dan DUN Pahang kawasan Kerdau dijangka diketahui jam 8 malam Ahad.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pusat pengundian di dua DUN itu akan mula dibuka pada jam 8 pagi dan ditutup jam 5 petang.

"Esok ramalan cuaca di Merlimau hujan pada sebelah petang jadi saya nasihatkan pengundi keluar awal," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Platinum Politeknik Merlimau di sini, Sabtu.

Abdul Aziz berkata SPR menjangkakan 80 peratus daripada 10,697 pengundi berdaftar DUN Merlimau akan keluar mengundi.

Beliau menasihati mereka agar menyemak terlebih dahulu pusat pengundian, membawa kad pengenalan dan tidak memakai barang larangan seperti pakaian serta lencana tertera logo parti.

Katanya semua parti politik yang bertanding juga diingatkan supaya menghentikan kempen sebaik tempoh berkempen tamat pada jam 12 tengah malam Sabtu dan berharap petugas parti politik tidak mengganggu pengundi esok untuk meraih undi.

SPR membenarkan parti yang bertanding membantu mengangkut pengundi ke pusat pengundian tetapi kenderaan yang digunakan tidak menggunakan logo parti, sebaliknya menggunakan kertas biru bersaiz A4 bagi Barisan Nasional (BN) dan hijau bagi PAS dilekatkan di cermin hadapan kenderaan tersebut, katanya.

Mengenai salah laku ketika tempoh berkempen, Abdul Aziz berkata kebanyakan kesalahan yang dikesan SPR di DUN Merlimau melibatkan poster dan lebih 20 laporan polis dibuat oleh SPR sepanjang tempoh lapan hari itu.

"Setakat ini tiada laporan kes pergaduhan diterima SPR, keadaan di sini tenang. Bagi mereka yang mengesan ada pengundi hantu dapatkan nama, nombor kad pengenalan dan gambar mereka lapor pada SPR. Penyamar yang ditangkap akan diserah kepada polis untuk tindakan tegas," katanya, dan menambah pihaknya tidak menerima laporan kes rasuah.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan calon BN Roslan Ahmad ditentang calon PAS Yuhaizad Abdullah yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lepas akibat serangan jantung.

Bagi pilihan raya kecil DUN Kerdau pula, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad dicabar calon PAS Hassanuddin Salim, yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas akibat serangan jantung.

Ditanya mengenai kedudukan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Negeri Sembilan, Mustafa Salim yang didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Seremban Jumaat, terhadap satu daripada tiga pertuduhan rasuah berkaitan permit pasir pada tiga tahun lalu, Abdul Aziz berkata SPR akan mengambil tindakan selepas selesai semua proses mahkamah terhadap Mustafa.

"Proses mahkamah ini panjang, Adun itu boleh merayu lepas 1 April ini, selepas habis proses mahkamah semuanya dan tetap disabitkan baru lucutlah jawatan Adun," katanya.

Mahkamah menetapkan 1 April ini untuk menjatuhi hukuman terhadap Mustafa. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan