Hak Mutlak Perdana Menteri Tentukan Bila Pilihan Raya Umum - Koh

Diterbitkan: Sabtu, 5 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai hak mutlak bagi menentukan bila pilihan raya umum akan diadakan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Beliau berkata Parlimen di Malaysia adalah berdasarkan Sistem Westminster di England iaitu demokrasi berparlimen, justeru, keputusan bila masa terbaik mengadakan pilihan raya umum akan diputuskan oleh Perdana Menteri, mengikut budi bicara beliau.

"Segalanya adalah mungkin, ia boleh jadi tahun ini, tahun depan atau tahun berikutnya, namun ia perlu diadakan dalam tempoh kurang dua tahun dari sekarang, katanya kepada pemberita selepas bertemu Presiden Junior Chamber International (JCI) Kentaro Harada dan anggota JCI Malaysia di sini, Sabtu.

Beliau yakin Perdana Menteri akan membuat keputusan yang bijak dalam menentukan tarikh pilihan raya umum dan berkata parti Gerakan kini bekerja keras melakukan persediaan bagi menghadapinya.

"Gerakan mungkin menamakan banyak muka baru sebagai calon, namun apa yang paling penting, beliau perlu berkhidmat kepada rakyat sepanjang masa," katanya sambil menambah masih terlalu awal untuk membincangkan pembahagian kerusi.

Mengenai konsep 1Malaysia, Koh berkata ia semakin popular dan diterima umum termasuk penduduk di Sabah serta Sarawak dan ini menunjukkan rakyat Malaysia mahu menggunakannya dalam kehidupan seharian mereka.

Beliau berkata 1Malaysia bukanlah satu konsep partisan dan pembangkang bebas menerima serta menggunakannya kerana ia bukan eksklusif untuk Barisan Nasional sahaja, sebaliknya diwujudkan bagi semua rakyat di negara ini.

"Kini saya lebih selesa dan berpendapat BN berada di landasan yang betul, bagaimanapun, kita mengakui masih terdapat kelemahan dan menerima keputusan yang dibuat rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan