Bapa Saudara Dan Anak Saudara Bakal Bertembung Di DUN Pahang?

Diterbitkan: Sabtu, 5 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau Syed Ibrahim Syed Ahmad mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Anggota DUN Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohamed, daripada parti PAS.

Sekiranya ramalan bahawa BN bakal memenangi kerusi DUN Kerdau ini ia bakal menyaksikan pertembungan anak dan bapa saudara di dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang kelak.

Bagi Syed Ibrahim, atau lebih dikenali sebagai sebagai Syed Ibra di kalangan penduduk tempatan beliau berkata tidak ada sebab untuk mencetuskan kekerohan antara sesama manusia tambahan pula dengan keluarga sendiri.

"Apa pasal nak bergaduh pulak. Dengan orang lain pun kita tak nak bergaduh inikan pula saudara sendiri. Tujuan saya bertanding hanyalah untuk berbahas membawa isu-isu rakyat, perjuangan kepada rakyat di dalam DUN Pahang, insya-Allah," katanya.

Manakala Syed Hamid berkata hubungan saudara itu kerana datuk kepada Syed Ibrahim adalah sepupu kepada ibunya.

"Kami terbuka dalam aspek politik dalam keluarga. Malah ada antara keluarga terdekat ialah penyokong kuat DAP.

"Dari segi hubungan kekeluargaan kami tidak ada masalah. Beliau dengan perjuangannya dan saya dengan perjuangan saya. Dia tetap anak saudara saya dunia akhirat," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang berkata apa yang memisahkan mereka hanyalah politik dan mahu Pas memenangi pilihan raya kecil ini, walaupun siapa calon Pas berkenaan.

Sementara itu, Syed Ibrahim akan mengundi di Sekolah Kebangsaan Kuala Tekal di Kampung Kuala Tekal, dekat sini, manakala calon Pas Hassanuddin Salim bukan pengundi DUN Kerdau.

Mengenai peluang untuk BN memenangi kerusi berkenaan selepas masuk hari kelapan berkempen beliau berkata petunjuk positif diterima dari pengundi tetapi mereka kena pastikan petunjuk itu diterjemah dalam bentuk undian.

"Bulatkan hati, tekadkan semangat, jernihkan niat dan beri sokongan. Kepada pengundi jangan lupa keluar mengundi awal dan bawa kad pengenalan masing-masing," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan