Sanggup Tinggal Pendapatan Lumayan Hasil Getah Demi Pastikan Kemenangan BN - Berita Semasa | mStar

Sanggup Tinggal Pendapatan Lumayan Hasil Getah Demi Pastikan Kemenangan BN

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Jika penoreh getah lain berlumba-lumba mengejar pendapatan lumayan hasil jualan getah ekoran kenaikan harga komoditi itu, lain pula ceritanya bagi beberapa penoreh getah di Kampung Kerai di sini.

Pemuda yang mahu dikenali sebagai Dee, 37, berkata pendapatannya yang boleh mencecah RM500 sehari itu, sanggup ditinggalkan demi memastikan Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Ahad ini yang sekaligus membolehkan agenda pembangunan di kampungnya diteruskan.

"Saya dengan rela hati turun padang membantu BN dengan memasang bendera di sekitar kampung saya tidak kira siang atau pun malam demi memastikan BN menang. Kami di kampung berasa amat selesa di bawah pentadbiran BN," katanya dengan penuh semangat.

Dee berkata walaupun sedar tugasan itu mengundang risiko namun beliau dan rakan-rakannya sanggup melakukan tugas itu secara sukarela.

"Kalau nak kira bayaran, dah banyak dah kita dapat manfaat daripada bantuan kerajaan. Jadi bayaran itu bukan masalahnya. Dapat air dan sekotak rokok pun kami dah gembira," katanya yang turut disokong rakannya Rozaimi Mohd Ali, 24.

Rozaimi berkata beliau tidak kisah terpaksa bekerja di tengah terik matahari dan berembun untuk memasang bendera dan poster calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, semata-mata hanya mahukan BN terus menguasai DUN berkenaan.

"Apa yang kerajaan buat sekarang dah bagus. Bagi golongan muda, pelbagai aktiviti dirancang kerajaan. Jadi tak ada sebab kenapa saya tak boleh memerah keringat membantu kerajaan.

"Kita di sini bukan pandang duit sangat. Yang penting semangat kepada parti yang menjamin kemajuan kampung kami," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Kerdau yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Syed Ibrahim dan calon PAS Hassanuddin Salim, 43, diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada BN pada 12 Februari lepas.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin dengan majoriti 1,615 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Ahad ini sebagai tarikh pengundian. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan