Puteri Umno Sambut Baik Pengambilan Semula GSTT - Berita Semasa | mStar

Puteri Umno Sambut Baik Pengambilan Semula GSTT

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Puteri Umno Sabah merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana menarik balik surat menamatkan perkhidmatan 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).

Ketua Puteri Umno Sabah, Musliati Moslimin, berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa pengumuman yang dibuat semalam oleh Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, melegakan ramai pihak, khususnya 578 GSTT di Sabah.

Menurutnya GSTT berkenaan serta keluarga terbabit terharu dengan langkah kerajaan itu yang prihatin dengan nasib dan masalah mereka.

"GSTT berkenaan telah mencurahkan bakti dan komitmen mereka dengan baik bagi menampung keperluan bagi guru khususnya di kawasan pedalaman agar proses pendidikan berjalan dengan lancar dan berkesan.

"Tentu sahaja apabila penamatan tugas berlaku, mereka berada dalam keadaan tersepit kerana mempunyai pelbagai beban kewangan dan tanggungan yang perlu dipikul," katanya.

Musliati berkata peluang yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran itu tidak akan menaikkan semangat GSTT untuk menabur bakti bagi melahirkan generasi yang lebih cemerlang dalam aspek akademik dan sahsiah diri.

"Sebab itu kita menggesa guru berkenaan supaya menerima cabaran Timbalan Perdana Menteri untuk menerima baik peluang itu meskipun ditempatkan di lokasi bukan pilihan mereka.

"Keutamaan harus diberikan kepada melaksanakan tugas, amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan dengan sebaik mungkin," katanya.

Beliau menasihatkan guru-guru sandaran terbabit supaya memohon untuk menyertai perkhidmatan perguruan secara tetap melalui tawaran-tawaran pengajian Diploma Pendidikan Guru atau Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) bagi memastikan masa depan yang lebih terjamin. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan