Provokasi: Kerajaan Beri Amaran

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Kerajaan memberi amaran kepada pembangkang supaya tidak melakukan provokasi dengan membandingkan sistem pentadbiran Malaysia dengan beberapa negara di Timur Tengah yang berhadapan dengan konflik politik.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan tidak bertanggungjawab pembangkang itu boleh menimbulkan ketegangan dan suasana huru-hara di kalangan rakyat.

"Ini provokasi pembangkang yang bagi saya tidak bertanggungjawab, tidak demokratik dan sengaja nak buat huru-hara apabila membuat perbandingan situasi di Malaysia yang semua orang tahu merupakan negara yang aman, makmur dan membangun dengan pesat.

"Bagi saya mereka tak ada tujuan lain kecuali untuk menimbulkan keadaan porak peranda. Mereka lebih seronok kalau negara ini hancur dan ada krisis.

"Bagi saya ini sikap yang amat tak bertanggungjawab, jadi kita nak bagi amaran supaya jangan bermain dengan api yang bahaya," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis ramah mesra di Kampung Badok, Teluk Sentang di sini, Jumaat.

Beliau mengulas tindakan pembangkang yang sejak akhir-akhir ini cuba melakukan provokasi dengan mengapi-apikan sentimen revolusi rakyat akan menular ke negara ini sekiranya kerajaan gagal memerintah negara ini dengan baik.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata perbandingan yang dilakukan pembangkang adalah tidak benar sebaliknya lebih bersifat provokasi ke arah menentang kerajaan.

"Rakyat kita menikmati kemajuan yang agak tinggi. Perbandingan Malaysia dengan negara-negara itu sebenarnya bukan satu perbandingan yang betul.

"Di sini rakyat berpuas hati, menghargai keamanan dan rakyat tahu ada saluran-saluran yang boleh mereka gunakan untuk menyampaikan apa-apa pandangan atau perlukan perhatian pihak kerajaan," katanya.

Tambah beliau, sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia juga memberi hak kepada rakyat untuk bersuara dan bebas memilih kerajaan.

"Kita mengamalkan sistem demokrasi segar di mana setiap lima tahun ada pilihan raya. Pembangkang juga masuk (bertanding) pilihan raya, dalam pilihan raya kecil...dia menang kita pun ada menang, dia kalah kita pun ada kalah.

"Jadi amalan demokrasi itu sudah cukup membuktikan bahawa negara ini demokratik dan tidak di ditadbir atas dasar autokrasi atau diktatorial. Tak boleh buat perbandingan presiden sebuah negara dengan Perdana Menteri di Malaysia," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan