PRK Merlimau: BN Tolak Dakwaan Kempen Tak Selari 1Malaysia - Berita Semasa | mStar

PRK Merlimau: BN Tolak Dakwaan Kempen Tak Selari 1Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JASIN: Barisan Nasional (BN) menolak dakwaan pembangkang bahawa kempen parti itu tidak selari dengan gagasan 1Malaysia sepanjang kempen pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sentiasa melibatkan semua kaum dalam setiap projek dan program kerajaan.

"Kenapa tak selari? Hari ini pun yang datang ada kaum India, Cina. Setiap kempen kita berdasarkan 1Malaysia, tak pernah kurang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program 1Komuniti 1Koperasi di Merlimau di sini, Jumaat.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengulas dakwaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam ceramahnya sebelum ini yang kerajaan BN tidak mengaplikasikan semangat Gagasan 1Malaysia dalam berkempen.

Ismail Sabri menjelaskan, program kementerian seperti Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) juga terbukti melibatkan penyertaan semua kaum.

"Di Merlimau sudah ada satu kedai Melayu dan satu kedai India dalam program ini... lepas ni mungkin untuk Cina pula," katanya.

Mengenai pengundian menjelang Ahad ini, Ismail Sabri berkata beliau yakin BN mampu menang berdasarkan sambutan pengundi yang jelas menolak pembangkang dan menyokong calon BN, Roslan Ahmad.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan antara Roslan, 44, dan calon PAS Yuhaizad Abdullah, 38. Ia diadakan berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 56, daripada BN pada 20 Januari lepas akibat serangan jantung.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan