PRK Merlimau: Ahmad Zahid Dedah Plot Mahu Huru-Harakan Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JASIN: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan usaha pakatan pembangkang untuk menghuru-harakan negara ini bagi mewujudkan pergolakan politik seperti yang melanda Asia Barat.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran kepada tokoh-tokoh pembangkang supaya jangan cuba 'membakar negara' dengan cara itu yang tidak demokratik itu.

Beliau mendakwa, pihaknya mendapat maklumat bahawa mereka sedang merancang untuk bertindak ganasganas dan mengajak rakyat bangkit menentang yang menjurus kepada usaha pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan.

"Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menghidu usaha pakatan pembangkang untuk menghuru-harakan negara seperti mana yang berlaku di Mesir, Yaman, Tunisia dan Libya.

"Saya ingin beri amaran kepada pembangkang terutama tokoh-tokohnya supaya jangan 'bakar negara' kerana tindakan mereka sebenarnya cuba menggugat ketenteraman awam dan merosakkan demokrasi yang wujud di negara ini.

"Hasil maklumat yang diperoleh menunjukkan mereka kini sedang bergerak ke arah itu tetapi kita tidak tahu bila dan kemungkinan mereka akan gunakan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau sebagai landasan,'' katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) di sini, Jumaat.

Ahmad Zahid berkata, ATM menerusi tiga cabangnya iaitu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat (TD) sudah bersiap-siaga menghadapi situasi tersebut.

"Jika ada ancaman cuba dilakukan oleh pakatan pembangkang untuk menghancurkan negara kita, ATM akan berkerjasama dengan Polis Diraja Malaysia dan agensi berkaitan untuk memastikan keamanan serta demokrasi dikekalkan, '' tegasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, usaha pakatan pembangkang itu dikesan sejak berlakunya konflik di beberapa negara Asia Barat dan ia makin hangat sejak kedua-dua pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau.

Katanya, tokoh-tokoh pembangkang didapati menggunakan pentas berkempen di kedua-dua DUN tersebut dengan cukup jelas cuba menghasut rakyat supaya menimbulkan kekacauan serta menanam bibit kebencian terhadap kerajaan.

Selain itu katanya, pembangkang juga turut menghasut rakyat untuk berdemonstrasi dan membenci Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan