Pemuda Umno Perak Lancar Ops Jejak Untuk Tambah Ahli

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Pergerakan Pemuda UMNO Perak pada Jumaat melancarkan 'Ops Jejak' untuk penambahan ahli baru yang masih belum berdaftar sebagai pengundi yang sah.

Ketua Pegerakan Pemuda Umno Perak Khairul Anuar Harun berkata pihaknya telah mengenal pasti 40,000 pengundi muda bawah umur 40 tahun di Perak yang masih belum mendaftar sebagai pengundi.

Sehubungan itu beliau telah melantik urus setia di kalangan ketua-ketua Pemuda UMNO Bahagian yang telah diberi bimbingan sebelum ini bagi mengenal pasti mereka yang masih belum lagi mendaftar sebagai pengundi muda.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis taklimat dan serah tugas urus setia unit pengundi muda dan keahlian Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak di sini semalam.

Khairul berkata pihaknya juga akan memohon kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melantik urus setia yang dikenal pasti sebagai penolong pendaftar bagi tujuan mendaftar pengundi baru.

Beliau yakin Ops Jejak yang bermula hari ini dan tamat pada 15 Mac depan dapat menarik lebih ramai pengundi muda mendaftar sebagi pengundi baru.

Setakat ini lebih 13,000 pengundi di Perak telah menjadi ahli pengundi muda, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan