PAS Diminta Henti Main Isu Syurga Dan Neraka

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Kerajaan pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) sentiasa mendoakan agar PAS insaf dan kembali ke perjuangan Islam sebenar dan berhenti mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata perbuatan PAS mengeluarkan kenyataan berupa fatwa yang melibatkan syurga dan neraka dilihat semakin melampau lebih-lebih lagi jika ada pilihan raya.

"Ketika suasana pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dan Merlimau ini misalnya, tindakan pemimpin PAS yang mengatakan sokongan kepada mereka akan dijanjikan syurga sebaliknya jika menyokong BN, pengundi akan berhadapan balasan perlu dihentikan.

"Kita sentiasa berdoa dan berharap mereka (PAS) akan insaf dan kembali semula ke pangkal jalan memperjuangkan Islam yang sebenar bukannya dengan cara begini.

"Mana mungkin pilihan raya politik disamakan dengan konsep syurga dan neraka yang sama sekali berbeza dengan politik dan perbuatan ini boleh mengelirukan rakyat," katanya kepada pemberita di Felda Jengka 23 dekat sini malam ini.

Jamil malam ini turut bertahlil dan membaca surah Yasin bersama peneroka Jengka 23 sebelum melawat Jengka 25 dan berceramah di sana.

Peneroka di Felda Jengka 23 termasuk di dalam DUN Kerdau bersama-sama dengan peneroka Jengka 22 dan Jengka 25 yang bakal mengundi pada pilihan raya kecil Kerdau Ahad ini.

BN bakal dicabar PAS bagi menggantikan penyandang kerusi DUN itu Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang meninggal dunia pada 12 Februari lalu akibat serangan jantung.

BN diwakili oleh Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, dan PAS diwakili oleh Ketua Penerangan PAS Pahang Hasanuddin Salim, 43.

Semasa di Jengka 23, beliau menekankan kepada pemberita bahawa Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak telah meninggalkan dua warisan yang amat bernilai untuk rakyat Malaysia iaitu Felda dan juga anak Allahyarham iaitu Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata Felda yang diilhamkan Tun Razak telah memberi nikmat kepada sebilangan besar peneroka Felda seluruh negara.

"Bukan itu sahaja, beliau turut mewariskan anaknya Najib yang kini menjadi pemimpin negara yang bijak merancang serta komited mempertahankan Felda seperti mana ayahnya lakukan ketika mentadbir negara sekitar tahun 60-an," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan