Nik Aziz Akui Kenyataannya Pecahkan Perpaduan Umat Islam

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kenyataan politiknya ketika berkempen dalam pilihan raya boleh menyebabkan umat Islam di negara ini berpecah-belah.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata dalam perjuangannya mempertahankan parti terdapat kenyataan dikeluarkan beliau akan menyebabkan ada pihak yang menyokong kenyataannya dan ada pihak yang menentang pandangannya.

"Malah, isu pecah belah di kalangan umat manusia berlaku sejak zaman Nabi Muhammad (S.A.W) dan Nabi Adam (A.S) lagi," katanya semasa menyampaikan kuliah mingguannya di Medan Ilmu, di sini Jumaat.

Nik Abdul Aziz pernah mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan fatwanya sendiri ketika berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang di Johor bahawa pengundi yang menyokong Barisan Nasional (BN) adalah golongan Jahiliyah kerana mereka menolak Pas, parti yang mendakwa memperjuangkan Islam.

Berikutan kenyataan itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Nik Abdul Aziz hanya berjuang untuk memenangi pilihan raya dan bukannya berjuang untuk Islam.

Dr Mahathir berkata Menteri Besar Kelantan itu menyatakan bahawa tujuan hidupnya ialah untuk memenangi pilihan raya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria turut menegur kenyataan Nik Aziz menghukum pengundi yang tidak menyokong Umno atau BN dalam pilihan raya akan masuk neraka manakala mereka yang mengundi PAS akan masuk syurga, kerana pandangan sedemikian memesongkan akidah umat Islam.

Nik Abdul Aziz berkata beliau akan terus menggunakan pendekatan menjelaskan hukum halal haram dalam memilih pemimpin parti pada pilihan raya walaupun tindakannya itu ditegur oleh alim-ulama negara ini.

"Pendekatan itu kalau dalam agama dipanggil dakwah dan dalam politik pilihan raya dipanggil berkempen, jadi tidak timbul masalah jika saya menggunakan pendekatan itu dalam mana-mana kempen pilihan pilihan raya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan