NGO Anggap Cadangan Gugur Bangsa Dalam Borang Mengarut, Tidak Munasabah

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyifatkan cadangan supaya penggunaan bangsa dalam borang tertentu digugurkan kerana didakwa menjadi penghalang kejayaan konsep 1Malaysia, sebagai mengarut dan tidak munasabah.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata ia merupakan satu lagi dakyah halus yang didalangi pihak tertentu bagi menghilangkan identiti sesuatu kaum, sekaligus mencabar hak kaum tersebut yang telah termaktub dalam Perlembagaan negara.

"Kejayaan konsep 1Malaysia yang dipelopori oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak ada kena-mengena dengan penggunaan perkataan bangsa dalam borang.

"Jika kerajaan tunduk kepada cadangan mereka, lepas ini, mungkin mereka akan minta yang lain pula sehingga matlamat mereka (mahu menghapuskan identiti kaum) tercapai," katanya.

Beliau mengulas cadangan Pengerusi Yayasan 1Malaysia Profesor Dr Chandra Muzafar, yang memberi alasan masyarakat dilihat begitu obses dengan perkataan "bangsa" sehingga ia dianggap sebagai rintangan paling besar menjayakan konsep 1Malaysia.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee, yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, mengkritik sokongan Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan berhubung perkara berkenaan.

Beliau berkata alasan MEF, kononnya penghapusan perkataan bangsa dalam setiap borang atau dokumen bertujuan merealisasikan matlamat 1Malaysia, adalah tidak tepat.

Syed Ali berkata gagasan 1Malaysia yang dipelopori Najib tidak bermaksud melenyapkan identiti sesuatu bangsa atau kaum di negara ini, sebaliknya untuk membawa kejayaan kepada negara dengan pembabitan semua bangsa, tanpa mengira perbezaan latar belakang dan keturunan.

"Jangan peralatkan gagasan 1Malaysia untuk mengemukakan cadangan yang tidak masuk akal sehingga sanggup membunuh identiti bangsa Melayu," katanya menerusi laman blog 'umnobahagiancheras.blogspot.com' pada Jumaat.

Dalam pada itu, Ketua Umum Barisan Bertindak Perpaduan Melayu Osman Bakar ketika dihubungi berkata, identiti bangsa wajib dikekalkan dalam sebarang borang sama ada di sektor awam atau swasta.

"Pengenalan sesuatu kaum itu penting, bagi mengetahui siapakah yang memiliki identiti si polan bin si polan itu, apa perakuannya dia sebagai seorang manusia jika bangsanya dihapuskan?" katanya.

Beliau berkata untuk merealisasikan konsep 1Malaysia, ia perlu dilihat dalam konsep yang meluas, bukan menyempitkannya dengan hanya memandang perkataan bangsa atau kaum sebagai rintangan terbesar.

"Kita menerima konsep 1Malaysia sebagai satu medium bagi memajukan dan menjaga kepentingan semua kaum di negara ini, yang mempunyai kekuatan masing-masing, jika ia dilenyapkan, apakah kekuatan yang tinggal pada kaum tersebut?" katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan