BN Berada Pada Tahap Selesa Di Merlimau

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JASIN: Pengerusi MIC Melaka Datuk R.Perumal berkata B Nberada pada keadaan selesa ketika berkempen untuk pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau.

Beliau berkata penambahbaikan dan masalah pembangunan yang telah diselesaikan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebelum hari penamaan calon lagi, menyenangkan tugasan kempen.

"Sepanjang tempoh berkempen ini, tiada masalah besar yang ditimbulkan pengundi kerana semuanya telah diselesaikan sebelum hari penamaan calon lagi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan laluan baru Jasin-Merlimau Bas Mara Liner.

Beliau berkata kempen pilihan raya itu yang tinggal sehari sahaja lagi akan digunakan sebaik mungkin bagi mendekati keseluruhan pengundi India di kawasan itu.

Selain itu, beliau mengingatkan pengundi agar membuat pilihan yang tepat semasa pilihan raya Ahad nanti.

"Yang ada di sini ialah kami (BN) dan kerajaan negeri, mungkin apa yang akan bantu mereka ialah kami, bukan (pembangkang) yang datang membuat kempen dan sebagainya.

"Memang mereka (pembangkang) cakap macam-macam, tapi hanya untuk dua tiga hari, lepas itu mereka akan hilang, kita (BN) yang akan bantu mereka," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau yang ditetapkan Ahad ini, menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Roslan Ahmad, 44, daripada BN dan calon PAS Yuhaizad Abdullah, 38, berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 56, daripada BN pada 20 Januari lepas akibat serangan jantung. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan