Biro Wanita Dinaik Taraf Dalam Pentadbiran Jabatan Ketua Menteri Sarawak

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Status Biro Wanita akan dinaikkan taraf menjadi sebuah unit pentadbiran di Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sarawak, kata Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah di sini. Beliau berkata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini secara dasarnya telah bersetuju dengan penukaran status itu sejajar dengan fungsi dan peranan yang diamanahkan kepada Biro Wanita seperti untuk menganjurkan aktiviti kewanitaan dan kekeluargaan.

"Kertas kerja berhubung penukaran status tersebut telahpun dibuat dan kita akan hantar kepada Setiausaha Kerajaan Negeri sebelum ia dapat dilaksanakan dalam tahun ini juga," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian watikah pelantikan pengerusi dan anggota Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak yang disempurnakan oleh Taib di Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, Jumaat. Fatimah, yang juga Pengerusi Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak, berkata selain melaksanakan program dan aktiviti di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, Biro Wanita sebagai agensi tunggal wanita di Sarawak, juga diamanah untuk memikul tugas dan tanggungjawab melaksanakan pelbagai dasar, program pembangunan wanita dan keluarga di bawah Jabatan Pembangunan Wanita dan Jabatan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di peringkat persekutan.

Menurutnya kewujudkan Biro Wanita dalam JKM boleh membantu secara khusus dalam perancangan dan pelaksanaan dasar program dan aktiviti pembangunan hal ehwal keluarga sekaligus menyesuaikan ia dengan agenda sosial negeri Sarawak.

Taib dalam ucapannya berkata peranan wanita hari ini bukan setakat untuk mengurus keluarga malah juga membantu dalam pembangunan ekonomi, budaya dan sosial negara.

Beliau berkata kerajaan negeri sedia membantu golongan wanita untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka melalui latihan keusahawanan dalam industri kotej.

"Hari ini semakin ramai wanita yang terbabit dalam pelbagai industri kecil di Sarawak dan saya harap mereka lebih fokus kepada usaha masing-masing," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan