Ummi Hafilda Turun Padang Dedah Rahsia Anwar

Diterbitkan: Khamis, 3 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali pada Khamis turun padang dalam pilihan raya kecil Kerdau di mana beliau mahu mendedahkan "rahsia" Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pengundi.

Katanya, beliau juga mahu membersihkan nama baiknya yang dicalarkan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

"Tujuan saya adalah untuk membetulkan persepsi (terhadapnya) yang dicipta oleh Anwar dan geng selama 13 tahun. Jadi saya perlu bersihkan nama baik saya," katanya pada sidang media di sini.

Ummi Hafilda, adik kepada Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan saksi utama perbicaraan pertama kes sodomi membabitkan Anwar, baru-baru ini mengendalikan sebuah laman blognya yang banyak menulis tentang Anwar.

Beliau menyangkal dakwaan PAS bahawa tindakannya membangkitkan isu Anwar di dalam pilihan raya kecil Kerdau sebagai tidak relevan. "Bagi saya ia adalah relevan kerana Anwar adalah Ketua Pembangkang dan masih berceramah di sana sini. Lainlah kalau Anwar dah tak masuk politik," katanya.

"Saya masih ada perkara nak didedahkan. Kalau dia masih angkuh dengan menuduh saya ini dapat upah, konspirasi dan sebagainya, saya tak keberatan (mendedahkan)," katanya merujuk kepada Anwar yang turun berkempen di sini malam Khamis.

Ummi Hafilda menyertai satu sesi ceramah di bilik gerakan Kampung Sekoh, Rumpun Makmur.

Sementara itu, bekas pembantu Anwar, Muhamad Rahimi Osman yang turut hadir pada sidang media itu berkata, beliau juga akan mendedahkan "rahsia" Anwar termasuk hubungannya dengan Israel.

"Saya akan turun beri penerangan kepada orang kampung, orang Felda supaya tidak mudah percaya dengan cakap-cakap Anwar," katanya.

Muhamad Rahimi menolak dakwaan pembangkang kononnya beliau dibeli Umno berhubung tindakannya mendedahkan rahsia dua akuan bersumpah (SD) yang ditandatanganinya pada Jun 2008 mengenai kes liwat Anwar.

Beliau membuat laporan polis Oktober tahun lepas bahawa beliau telah dipaksa untuk menandatangani akuan bersumpah berkenan.

"Soal Umno beli tak timbul, ini lebih kepada soal kesedaran. Dulu saya memang ahli PKR. Umno tak beli, tak payah. Saya sedar selepas saya kerja dengan Anwar, saya tahu apa kerja dia, saya tahu apa kesilapan dia dan saya tahu apa agenda Pakatan Rakyat.

Beliau jgua berkata kehadiran Anwar pada PRK Kerdau adalah petanda bahawa pakatan pembangkang ketinggalan di belakang dan memerlukan "talian hayat". - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan