PRK Merlimau: Peluang BN Cerah, PAS Tetap Mengharap

Diterbitkan: Khamis, 3 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MENJELANG hari pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada Ahad ini, kempen semakin rancak dijalankan oleh calon-calon yang bertanding sama ada dari Barisan Nasional (BN) atau PAS.

Roslan Ahmad, 44, dari BN dan PAS pula diwakili Yuhaizad Abdullah, 38. Masing-masing sedang rancak dan kian memperhebatkan lagi kempen mereka keluar masuk kampung, pekan, kawasan estet dan bergerak dari rumah ke rumah.

Terdapat tujuh peti undi (PU) dalam DUN Merlimau iaitu Ayer Merbau, Chinchin, Jasin Lalang, Merlimau Utara, Merlimau Pasir, Permatang Serai dan Pengkalan Samak.

Berdasarkan statistik pecahan pengundi pula ialah di Ayer Merbau dengan Melayu (506), Cina (271), India (116) dan lain-lain (1); Chinchin pula 1,619 (M), 292 (C), 213 (I) dan 2 (L) serta Jasin Lalang terdapat 253 (M), 82 (C), 357 (I) dan 2 (L).

Di Merlimau Utara pula terdapat 244 (M), 97 (C); Merlimau Pasir 1,197 (M), 515 (C), 461 (I) dan 7 (L); Permatang Serai 1,724 (M), 341 (C), 8 (I) dan 7 (L) serta Pengkalan Samak 1,384 (M), 610 (C), 129 (I) dan 6 (L).

Sehingga kini kawasan yang menjadi tumpuan calon BN dan PAS ialah yang memiliki pengundi Cina yang ramai seperti Merlimau Pasir, Permatang Serai dan Pengkalan Samak. Secara keseluruhannya pengundi Cina adalah 20.84 peratus daripada keseluruhan pemilih berdaftar iaitu seramai 10,679 orang.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2004, jumlah pemilih N27 ialah 10,026 sementara pada 2008 meningkat kepada 10,472 dengan pertambahan sebanyak 445 orang dan pada tahun ini meningkat kepada 10,679 orang layak mengundi dengan 207 pengundi baru.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pengurusan dan Integriti Melaka, Datuk Abdul Rahim Abu, BN dilihat berjaya mengembalikan kepercayaan penduduk Merlimau dengan membawa pembangunan menyeluruh ke kawasan itu.

Katanya, sebagai contoh pembinaan Politeknik Merlimau dan akan datang Universiti Teknologi Mara (UiTM) melonjakkan lagi Merlimau di peta pendidikan tinggi negara.

"BN juga dilihat dapat mengembalikan sokongan pengundi veteran yang dikatakan 'dipinggirkan' pada 2008 dan pengundi muda melalui calon pemuda yang ditonjolkan pada pilihan raya kecil kali ini," jelasnya.

Tiada isu tempatan yang dijaja oleh mana-mana calon kerana kawasan ini secara keseluruhannya lengkap dan segala masalah berjaya diselesaikan oleh BN.

Yuhaizad banyak memperkatakan antaranya tentang wang rakyat yang dibazirkan, duit pembayar cukai 'dirompak' tetapi ia tidak difikirkan begitu oleh pengundi N. 27.

Dalam banyak pilihan raya kecil, kaum Cina menjadi tumpuan dan kadangkala dikatakan penentu kalah menang calon tidak kira pembangkang atau pemerintah.

Jentera-jentera parti di Merlimau menumpukan kempen dan perang saraf di kawasan pengundi Cina terlebih dahulu sebelum beralih ke kawasan Melayu selain pengundi muda.

Berdasarkan pengamatan, BN dilihat kembali memperoleh kepercayaan pengundi khususnya kaum Cina. Yang muda juga semakin cenderung kepada BN selepas PRU 2008.

PRK DUN Merlimau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan dari BN pada 20 Januari lalu. PRU 2008 menyaksikan Mohamad Hidhir menewaskan Jasme Tompang dengan majoriti 2,154.

Dengan kempen bersungguh-sungguh oleh BN, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yakin telah memperoleh sokongan 80 peratus pengundi Merlimau. Selebihnya adalah golongan atas pagar.

Walaupun Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul buat pertama kalinya di Merlimau malam Selasa, ia belum menjanjikan pertambahan sokongan kepada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat.

Sebahagian mereka yang hadir pada ceramah adalah orang luar yang jelas bukan pengundi di N27. Oleh itu, PAS perlu lebih bertenaga untuk menagih undi penduduk kawasan berkenaan. Kerana itu Abdul Rahim berkata, kekuatan dan pengaruh PAS tidak boleh dinafikan.

"Kecenderungan pengundi sememangnya kian kepada BN, ia semakin positif namun jangan lupa bahawa PAS juga ada pengaruhnya.

"Jika seorang ahli PAS ada dalam keluarga, dia mampu menarik tiga lagi ahli keluarganya menyokong parti pembangkang itu, itulah kekuatan mereka tetapi BN nampaknya semakin kuat di sini," katanya ketika ditemui pada Rabu.

Senario 'semakin positif untuk BN' ini jika berterusan dan diterjemahkan oleh pengundi pada 6 Mac ini tidak mustahil boleh merampas kembali kira-kira 3,000 pengundi BN yang 'berpaling tadah' pada PRU ke-12.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan