PRK Merlimau: Fitnah Berleluasa Menjelang Hari Pengundian - Ahmad Maslan

Diterbitkan: Khamis, 3 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JASIN: Jentera Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau dingatkan supaya berhati-hati dengan taktik kotor yang akan digunakan oleh pihak-pihak tertentu pada saat-saat akhir hari pengundian Ahad ini.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menegaskan, kebiasaannya semakin dekat hari pengundian maka penyebaran risalah berbaur fitnah dan khidmat pesanan ringkas (SMS) akan tersebar dengan lebih meluas.

"Fitnah ini kadang-kadang dia fitnah calon, fitnah pemimpin utama atau parti dan itulah yang mesti diawasi oleh jentera kita," katanya kepada pemberita semasa berkempen di Peti Undi Ayer Merbau di sini, Rabu.

Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau diadakan yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Roslan Ahamad, 44, dan calon PAS Yuhaizad Abdullah, 38, berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 56, daripada BN pada 20 Januari lepas akibat serangan jantung.

Dalam pada itu, Ahmad Maslan meminta para pengundi yang menerima rislah-risalah berbaur fitnah pada setiap malam supaya mendapatkan penjelasan daripada para pemimpin parti berkaitan tuduhan yang didakwa.

Katanya, jika risalah itu tidak penting mereka tidak perlu melayan dan mengoyakkannya sahaja.

"Pelbagai cara akan dilakukan sebagai perang saraf oleh pihak lawan yang kadang-kadang kita tak terfikir," jelasnya.

Beliau memberi contoh seperti PRK Tenang, SMS palsu disebarkan kononnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan pengundian kerana hujan lebat.

Ujarnya, fitnah seperti itu bertujuan supaya pengundi tidak keluar menunaikan tanggungjawab mereka yang menyebabkan BN akan kehilangan undi.

Mengenai dakwaan pembangkang bahawa BN bertanggungjawab ke atas perbuatan khianat sepanjang kempen termasuk membakar bendera dan merosakkan kenderaan, beliau menegaskan, mereka tidak boleh menuduh tanpa mempunyai bukti yang sahih.

"Benda macam ni tiada bukti jangan cakap, jika mereka (pembangkang) koyak sendiri mana kita tahu. Kita pun boleh tuduh mereka yang pecahkan cermin kereta itu sendiri, jangan tuduh sebegitu, kita tidak ajar budaya samseng, mungkin ada orang ketiga yang mahu melagakan kita," katanya.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan