Pelajar Sekolah Antara Tiga Korban H1N1 Tahun Ini

Diterbitkan: Khamis, 3 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Tingkatan Empat di Kajang merupakan antara tiga orang yang meninggal dunia akibat H1N1 tahun ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, pelajar perempuan itu mengalami gejala muntah, sakit kepala dan batuk selama seminggu tetapi tiada demam, dan dibawa ke sebuah hospital swasta pada 22 Februari setelah pengsan selepas berjoging.

"Dia kemudian dirujuk ke Institut Perubatan Respiratori, Kuala Lumpur dan seterusnya ke Hospital Kuala Lumpur dan meninggal dunia pada 24 Februari. Ujian pengesahan virus melalui PCR pada 25 Februari mendapati kes positif H1N1," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Beliau berkata, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu langat telah menjalankan siasatan di sekolah terbabit pada 1 Mac dan mendapati 15 daripada 42 rakan sekelas pelajar itu hanya mengalami gejala batuk atau selesema, manakala lapan guru yang disaring tidak mengalami gejala penyakit serupa influenza (ILI).

Liow berkata, langkah-langkah kawalan telah diambil seperti memberi pendidikan kesihatan membasuh tangan dan etika batuk manakala pelajar dan kakitangan yang mempunyai gejala ILI dinasihat tidak datang ke sekolah dan mendapatkan rawatan dari fasiliti kesihatan.

Liow berkata semalam, pengetua sekolah terbabit telah memaklumkan bahawa dua orang guru cuti sakit kerana demam/batuk/selesema dan 149 daripada 1,600 pelajar sesi pagi tidak hadir ke sekolah.

"Memandangkan kadar ketidakhadiran yang tinggi, pihak sekolah telah membuat keputusan untuk menutup sekolah itu (semalam)," katanya.

Justeru, beliau mengingatkan semua guru besar dan pengetua sekolah agar mematuhi garis panduan pengurusan H1N1 di sekolah memandangkan kejadian kluster sering berlaku di kalangan murid sekolah.

Liow juga berkata, jumlah kes H1N1 yang disahkan sejak 1 jan hingga semalam ialah 679, dengan 279 pesakit ILI kini menerima rawatan di hospital dan daripada jumlah itu 31 pesakit disahkan positif H1N1.

"Jumlah pesakit yang masih dirawat di ICU pula ialah dua orang dan kedua-duanya mempunyai faktor risiko.

Beliau menyeru supaya individu yang mempunyai gejala ILI perlu mengambil tanggungjawab sosial dan tidak pergi ke tempat tumpuan ramai, selain masyarakat diminta untuk sentiasa mengamalkan langkah-langkah mudah pencegahan penularan jangkitan H1N1 seperti mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan