PAS Guna Strategi Khas Dekati Orang Asli

Diterbitkan: Khamis, 3 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Berbaki dua hari sebelum hari pengundian pada Ahad ini, PAS menggunakan strategi 'khas' bagi mendekati 258 pengundi di kalangan Orang Asli dari Kampung Sungai Sendayan dalam usaha meraih sokongan golongan minoriti itu.

Calon PAS bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Hassaruddin Salim, 43, berkata, jentera parti itu kini sedang giat menggandakan usaha bagi menembusi kawasan yang didakwa sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN).

"Kita ada strategi berasingan, ada orang tertentu buat kerja bagi (raih undi di kalangan) masyarakat Orang Asli.

"Kita buat kerja secara perlahan-lahan untuk dampingi mereka, " katanya ketika ditemui sewaktu berkempen di sekitar kawasan Desa Murni di sini, Khamis.

Pengundi di kalangan Orang Asli merupakan 2.7 peratus daripada 8,999 pengundi berdaftar di DUN Kerdau.

Selain itu dakwa beliau, walaupun BN mengawal ketat kawasan penempatan Orang Asli menerusi Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), PAS yakin mereka dapat memecah undi di kawasan berkenaan.

"Memang agak sukar, walaupun saya ada mengenali beberapa pengundi Orang Asli secara peribadi, namun sejak musim pilihan raya kecil ini, mereka mula menjauhkan diri secara fizikal.

"Walaupun mereka boleh dikatakan sebagai 'simpanan tetap' BN, tapi kami masih yakin akan dapat undi di kalangan Orang Asli," katanya.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan