Najib Adalah Pemimpin Penting Rantau Ini - Gillard

Diterbitkan: Khamis, 3 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CANBERRA: Perdana Menteri Australia Julia Gillard pada Khamis menyifatkan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai rakan Australia dan seorang pemimpin penting di rantau ini.

Komen beliau itu dibuat selepas kedua-dua pemimpin mengambil rostrum masing-masing untuk sidang akhbar bersama selepas menyertai mesyuarat tertutup dan dua hala di mana kerjasama dan hubungan membabitkan kedua-dua buah negara dibincangkan.

"Perdana Menteri bersama saya sekarang adalah seorang rakan bagi Australia dan seorang pemimpin di rantau ini," katanya.

Najib berada di Australia untuk lawatan rasmi tiga hari atas jemputan Gillard sebagai membalas lawatan rasmi beliau ke Malaysia tahun lepas.

Sementara itu, pada majlis makan tengah hari sempena lawatan Najib, Gillard menyifatkan Najib sebagai contoh dalam usaha menentang extremisme dan yang menjunjung tinggi nilai-nilai Islam yang sebenar.

"Dan saya hormati kepimpinan anda bagi gerakan global bagi pendekatan sederhana," katanya.

Gillard menjelaskan bahawa lawatan Najib ke Australia merupakan satu peristiwa penting dalam satu hubungan persahabatan yang begitu lama antara Australia dan Malaysia.

"Saya berterima kasih kepada anda atas lawatan ini. Satu lawatan bagi persefahaman, dialog dan kerjasama," katanya.

Gillard juga menjelaskan bahawa lawatan Najib dilakukan selepas lawatannya ke Malaysia tahun lepas.

"Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas perhatian anda yang tidak sempat bertemu saya pada masa itu dan kerana meluangkan masa untuk menelefon," katanya.

"Dalam memilih Malaysia sebagai negara serantau yang pertama untuk melakukan lawatan bilateral sebagai Perdana Menteri, saya mahu memberi isyarat betapa kami menghargai hubungan dengan Malaysia," katanya.

Gillard berkata beliau juga mahu menegaskan mengenai betapa mendalamnya komitmen pendirian Australia bagi hubungan serantau.

"... dan untuk semua ini kita akan dapat mencapainya secara bersama sebagai rakan kongsi dan kawan.

"Hubungan kita akan terus bertahan dan ia adalah kukuh," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan