Kemasukan 45,000 Pekerja Asing Keputusan Jemaah Menteri - Subramaniam

Diterbitkan: Khamis, 3 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam berkata pengumuman berhubung kemasukan 45,000 pekerja asing dari India yang dibuatnya Ahad lepas, adalah berasaskan kepada keputusan Jemaah Menteri.

Beliau berkata sejumlah 52 sektor industri penting berdepan cabaran berikutan ketiadaan tenaga kerja dan sekiranya senario itu berterusan, mereka terpaksa berhenti beroperasi.

Subramaniam berkata sehubungan itu, masalah serta halangan yang dihadapi sektor industri berkenaan telah dibawa ke perhatian kerajaan sejak setahun lepas, dan isu kekurangan tenaga kerja kerap dibincang dalam mesyuarat kabinet sejak kebelakangan ini.

"Proses memberi kelulusan untuk pekerja asing ini adalah dengan mengambil kira keadaan sektor-sektor kritikal. Pelaksanaan keputusan ini akan dibuat oleh proses yang telah ditetapkan oleh Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri," katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Sementara itu, di Petaling Jaya, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) membantah cadangan pengambilan 45,000 pekerja asing tersebut kerana ia akan menyebabkan pekerja tempatan dipinggirkan daripada pasaran buruh.

Naib presidennya, A. Balasubramaniam berkata kerajaan juga perlu berhati-hati kerana jumlah pekerja asing yang begitu ramai akan turut memberi kesan terhadap gaji pekerja tempatan.

Beliau berkata kerajaan kini dalam proses memperkenalkan polisi gaji minimum, oleh yang demikian, pengambilan pekerja asing berkenaan sepatutnya ditangguh sehingga majlis gaji ditubuhkan.

Balasubramaniam mengulas pengumuman Subramaniam bahawa kemasukan pekerja dari India itu adalah bagi mengisi kekurangan dalam 13 jenis perniagaan Persatuan Peniaga-Peniaga India Malaysia.

Katanya, Kementerian Sumber Manusia sepatutnya menjalankan satu kaji selidik secara menyeluruh bagi menentukan jumlah sebenar pekerja yang diperlukan dalam setiap sektor.

Beliau berkata kerajaan juga perlu mendapatkan data daripada kesatuan sekerja sebelum meluluskan permit pekerja asing dan MTUC sepatutnya berada dalam jawatankuasa kelulusan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan