Kaunter Pembayaran Saman Trafik Dibuka Hingga 10 Mac - Berita Semasa | mStar

Kaunter Pembayaran Saman Trafik Dibuka Hingga 10 Mac

Diterbitkan: Khamis, 3 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Berikutan keputusan kerajaan melanjutkan tempoh pemberian diskaun 50 peratus bagi pembayaran saman trafik, kaunter pembayaran saman akan dibuka sehingga 10 Mac ini.

Ketua Trafik Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Datuk Abdul Aziz Yusof dalam satu kenyataan pada Rabu berkata kaunter tersebut akan dibuka dari pukul 8 pagi sehingga 10 malam setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad sehingga tarikh akhir tersebut.

Katanya pesalah trafik yang ingin menyelesaikan saman diminta membuat pembayaran seawal mungkin.

Sejak Ogos tahun lepas kerajaan telah memberi kelonggaran selama enam bulan untuk orang ramai menyelesaikan saman tertunggak, termasuk saman ekor dan dalam tempoh itu, tindakan menyenarai hitam pesalah juga ditangguhkan.

Bagaimanapun, hanya 1.5 juta saman diselesaikan pesalah trafik dalam tempoh seminggu hingga semalam - tarikh akhir diskaun ditetapkan sebelum ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Rabu mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh pemberian diskaun 50 peratus bagi pembayaran saman trafik sehingga 10 Mac ini.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rintihan orang ramai yang menghadapi masalah ingin menjelaskan saman berikutan sistem tergendala serta kesesakan di kaunter. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan