Dr M Sokong AirAsia Diberi Laluan Yang Tak Dapat Dipenuhi MAS

Diterbitkan: Khamis, 3 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: AirAsia X wajar dibenarkan memenuhi kekerapan mana-mana laluan yang tidak dapat dipenuhi oleh Malaysia Airlines (MAS), kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

"Walaupun permintaan ada, dalam banyak kes, MAS tidak dapat menyediakan kekerapan itu. Oleh itu, apabila mereka tidak dapat menyediakan kekerapan yang diperlukan, adalah adil untuk membenarkan AirAsia X mengisinya," katanya.

"Sudah semestinya ada saingan, namun terpulang kepada AirAsia X dan MAS mencari jalan untuk memastikan laluan terbabit berjaya," katanya kepada pemberita selepas melawat pejabat dan akademi AirAsia di sini.

Dr Mahathir diminta mengulas mengenai AirAsia X yang bersaing untuk laluan MAS, seperti destinasi ke Australia dan Amerika Syarikat.

Turut hadir ialah Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz, Pengerusi AirAsia, Datuk Aziz Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun.

Semasa sesi soal jawab dengan petugas AirAsia, Dr Mahathir berkata, syarikat penerbangan Malaysia itu berkeupayaan membantu negara mencapai nisbah sasaran satu pelancong bagi setiap penduduk.

Beliau menambah, tidak dapat dinafikan yang AirAsia telah banyak menyumbang ke arah pertumbuhan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan meningkatkan bilangan pelancong dan pelawat ke Malaysia.

"Sasaran kita ialah satu pelancong bagi setiap penduduk. Bilangan penduduk kini antara 27 juta dan 28 juta. Kita sudah capai kira-kira 22 juta pelancong setahun. Jadi prestasi kita adalah baik.

"AirAsia akan membantu kita mencapai sasaran itu dalam tempoh masa yang pendek," katanya lagi.

Dr Mahathir turut menegaskan, sasaran negara ialah membangunkan bangunan satelit untuk KLIA apabila angka mencecah kepada lebih 35 juta penumpang setahun "namun kini bilangan itu sudah melepasinya, hasil sumbangan AirAsia".

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan