Cuepacs Cadang Modul Pengurusan Kewangan Persendirian Penjawat Awam

Diterbitkan: Khamis, 3 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bimbang dengan jumlah muflis di kalangan penjawat awam, Cuepacs, kesatuan yang mewakili lebih sejuta pegawai kerajaan di negara ini mahu satu modul "pengurusan kewangan persendirian" diperkenalkan kepada penjawat awam baru.

Setiausaha Agung Cuepacs, Lok Yim Pheng berkata modul itu boleh dimasukkan ke dalam kursus induksi bagi pengambilan baru.

Adalah penting untuk mendidik para penjawat awam baru dengan kemahiran pengurusan kewangan pada awal kerjaya mereka supaya mereka dapat mengelakkan hutang, katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan bahawa 1,086 penjawat awam diisytihar muflis pada 2009, dengan 72.74 peratus daripada mereka adalah lelaki.

Lok berkata jika perkara ini tidak dipantau, ia akan menjejaskan keberkesanan dan integriti perkhidmatan kerajaan kerana penjawat awam tidak mampu memberikan tumpuan kepada tugas mereka.

Hutang berkenaan akan membawa kepada gejala rasuah dan ini akan menjejaskan sistem penyampaian kerajaan, katanya.

Beliau berkata kebanyakan kes muflis berlaku berikutan kedudukan penjawat awam sebagai penjamin bagi pinjaman yang dilakukan rakan atau anggota keluarga mereka.

"Nasihat kami adalah supaya mereka berhati-hati apabila menandatangani perjanjian sebagai penjamin kerana sebaik sahaja peminjam gagal membayar pinjaman, penjamin perlu melunaskan baki pinjaman," kata Lok, yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

"Kami mempunyai banyak kes penjawat awam yang terpaksa membayar pinjaman yang dilakukan oleh orang lain," katanya.

Menurut Lok, penjawat awam perlu mengelakkan diri daripada mengambil pinjaman yang besar sehingga menyusahkan mereka melunaskan bayaran balik.

Beliau turut mengingatkan bahawa penjawat awam menghadapi risiko hilang pekerjaan dan pencen jika mereka diisytiharkan muflis. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan