Badrul Hisham Akan hadir Persidangan DUN Selangor Hujung Bulan Ini

Diterbitkan: Khamis, 3 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELABUHAN KLANG: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN)Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah berkata beliau akan menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang dijadualkan hujung Mac ini.

Beliau berkata sebanyak 10 soalan telah dikemukakannya untuk dijawab pada persidangan DUN itu nanti.

Pada 24 Jan lepas, Badrul Hisham dihalang menyertai persidangan khas DU NSelangor berikutan keputusan Speaker Datuk Teng Chang Kim mengisytiharkan kerusi DUN itu kosong pada 16 Jan lepas dengan alasan ADUN itu gagal menghadiri persidangan DUN selama enam bulan tanpa alasan munasabah.

Namun, pada 18 Feb lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan Badrul Hisham kekal sebagai ADUN dan kerusi Pelabuhan Klang tidak kosong.

"Apa yang penting saya membawa hasrat rakyat di Pelabuhan Klang terutamanya dalam bidang pertanian dan saya harap kerajaan negeri akan membantu, jangan ada sekatan," katanya selepas merasmikan majlis penyerahan jentera membajak kepada Persatuan Pengusaha Sayur-sayuran dan Buah-buahan Pulau Indah (PPSBPI) di sini, Khamis.

Badrul Hisham berkata pihaknya akan mempertimbangkan untuk menambah bilangan jentera membajak sekiranya pengeluaran sayur-sayuran dan buah-buahan di Pulau Indah bertambah pada masa akan datang.

Beliau berkata PPSBPI mempunyai kira-kira 20 anggota yang mengusahakan tanaman seperti timun, terung, bendi, limau nipis dan tembikai wangi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan