91 Penerbangan Terjejas Gara-Gara Penemuan Bom Lama

Diterbitkan: Khamis, 3 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 45 penerbangan masuk dan 46 penerbangan keluar terjejas hari ini berikutan penemuan bom peninggalan Perang Dunia Kedua di kawasan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2.

Pengurus Besar Korporat KLIA, Nik Anis Nik Zakaria berkata, kesemuanya membabitkan penerbangan yang dijadual antara 11 pagi dan 12 tengah hari serta 3 dan 4 petang.

"Polis Diraja Malaysia telah mengawal kawasan itu dan berkerjasama dengan Jabatan Penerbangan Awam serta Malaysia Airports.

"Pihak berkuasa memutuskan untuk memusnahkan bom tersebut di tempat penemuan dan menasihatkan Malaysia Airports agar menutup sementara kedua-dua landasan ketika tempoh terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kedua-dua landasan kembali beroperasi pada pukul 3.26 petang tadi.

Nik Anis berkata penerbangan yang terjejas ialah Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), AirAsia, AirAsia X, Firefly, Garuda, Iran Air, AirAsia Indonesia, Thai Airways, Tiger Airways, KLM Royal Dutch Airlines, Xiamen Airlines, Pakistan Airlines dan Eva Air. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan