RM1.27 Juta Dibelanjakan Bina Kemudahan Baru Di Paya Indah Wetlands

Diterbitkan: Rabu, 2 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DENGKIL: Sebanyak RM1.27 juta telah dibelanjakan untuk pembinaan kemudahan baru dan pengindahan kawasan Paya Indah Wetlands (PIW) di sini sepanjang tahun lalu.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, perbelanjaan itu termasuk pembinaan menara tinjau setinggi kira-kira 17 meter di Bukit Akasia, pelantar di pinggir tasik Typha dan jeti Rusiga bagi menyokong aktiviti rekreasi air.

Katanya mulai tahun ini, Paya Indah Wetlands akan meningkatkan pengalaman pelawat semasa berada di taman ini melalui aktiviti rekreasi baru yang disediakan.

Kerja-kerja pengindahan lanskap turut dijalankan di sekitar zon rekreasi Paya Indah Wetlands, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Jeti Rusiga bagi aktiviti air di Paya Indah Wetlands hari ini.

Pada 1 Ogos 2005, pengurusan PIW telah diambil alih secara rasmi oleh Jabatan Perhilitan. Kini, operasi PIW dijalankan dengan seramai 30 orang kakitangan.

Uggah berkata, seramai kira-kira 24,000 pengunjung telah melawat taman itu sejak dua tahun lalu, dan 2,465 pelawat telah mengunjungi PIW pada Januari lalu dan 4,330 pada Februari.

Katanya, Jabatan Perhilitan akan turut memperkayakan habitat dari semasa ke semasa untuk menarik lebih banyak hidupan liar ke dalam Paya Indah Wetlands.

Beliau berkata, langkah itu bagi meningkatkan kepelbagaian hidupan liar dan populasi di dalam kawasan tersebut, termasuk burung air dan mamalia kecil serta sederhana.

"Jabatan Perhilitan komited untuk memastikan Paya Indah Wetlands dipulihkan, diperkaya dan diurus untuk pelbagai tujuan seperti yang digariskan dalam objektif penubuhannya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan