Rakyat Diseru Hargai Keamanan: Muhyiddin

Diterbitkan: Rabu, 2 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru rakyat di negara ini supaya menghargai keamanan yang dikecapi negara sejak merdeka.

Beliau berkata, rakyat sepatutnya merasa bertuah kerana dikurniakan negara yang aman dan selesa serta menginsafi kesengsaraan yang dilalui rakyat negara-negara di Timur Tengah yang kini sedang bergolak.

"Keamanan bagi kita biasa. Bila orang sebut Malaysia ini aman, tenteram, tak ada pergaduhan, tetapi suasananya makmur. Nikmat-nikmat yang lain yang dikecapi negara (bagaimana pun) tak diiktiraf pembangkang," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis ramah mesra bersama penduduk mukim Jenderak dan Lipat Kajang di Masjid Kampung Kuala Tekal di sini, malam Selasa.

Dalam pada itu, beliau berkata kemajuan ekonomi dan kestabilan politik yang dinikmati oleh rakyat Malaysia hari ini adalah hasil keberkesanan pemerintahan kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN).

Keadaan ini, katanya, telah membolehkan Malaysia diperakui sebagai sebuah negara Islam contoh oleh negara-negara luar serta pemimpin mereka seperti Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton.

"Soal kemajuan dan perpaduan ummah telah lama diperjuangkan oleh kerajaan BN. Salah satu fardhu kifayah yang telah kita laksanakan sebagai umat Islam dan pemimpin ialah untuk memerdekakan negara kita.

"Tidak lagi dibelenggu penjajah dan mentadbir negara kita mengikut cara kita sendiri, membuat dasar-dasar pembangunan untuk masyarakat Islam dan apa lagi lain-lain, membangunkan ekonomi Islam, membangunkan sosial masyarakat kita, pendidikan maju adalah kerana usaha kita, pimpinan kita," katanya.

Sementara itu, beliau berkata tindakan parti pembangkang yang menidakkan kemajuan dan keamanan yang dikecapi negara telah menjejaskan kemasukan pelabur asing ke negara ini.

"Di bawah pentadbiran Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kita, bukan nak membicarakan soal-soal yang biasa dah, setelah 53 tahun kita merdeka, kita telah cipta kemajuan sehingga ramai orang mengiktiraf ini sebuah negara yang membangun paling pesat yang maju, Perdana Menteri kata tak mencukupi begitu sahaja.

"Mesti dirombak kedudukan ekonomi kita, mesti dianjak ke satu pembangunan yang lebih pesat. Sebab itu disebutkan soal Transformasi Kerajaan, Transformasi Ekonomi, Model Baru Ekonomi, berkaitan dengan KPI, supaya pembangunan masyarakat dan pembangunan negara dianjak ke satu tahap yang lebih tinggi lagi.

"Ini kerja kita, Tetapi kerja parti pembangkang menidakkan ini. Ini boleh menjejaskan keyakinan pelabur walaupun tahu Malaysia sebuah negara aman, maju. Ada pihak yang nak menjatuhkan nama baik kita menidakkan kemajuan dan keamanan yang dicapai negara," katanya.

Terdahulu itu, Muhyiddin sempat menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama penduduk setempat manakala menjadi imam bagi solat Isyak di masjid berkenaan.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan