PRK Merlimau: 36 Pengundi Pos Selesai Tunai Tanggungjawab

Diterbitkan: Rabu, 2 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JASIN: Kesemua 36 pengundi pos bagi pilihan raya kecil bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau selesai menunaikan tanggungjawab mereka di Pejabat Daerah dan Tanah Jasin di sini, Rabu.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau, Roslan Yusof berkata, mereka mengundi bermula pukul 11 pagi hingga 12.30 tengah hari.

"Kesemua mereka adalah anggota polis.

"Proses pengundian berjalan lancar dan mereka telah tunaikan tanggungjawab masing-masing," katanya ketika ditemui di sini. Kesemua pengundi pos terbabit merupakan antara 10,679 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka Ahad ini.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan dari Barisan Nasional (BN) pada 20 Januari lalu.

Pada pilihan raya kecil kali ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Roslan Ahmad, 44, dengan Yuhaizad Abdullah, 38, dari PAS.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan Jasme Tompang dengan majoriti 2,154.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan