Perak Turut Tanggung Kos Pelajar Balik Ke Mesir - Zambry

Diterbitkan: Rabu, 2 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kerajaan Perak akan menanggung sepenuhnya kos tiket penerbangan 696 pelajar dari negeri itu yang bakal kembali Ke Mesir bagi menyambung pengajian selepas krisis politik negara berkenaan pulih.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata selain itu, setiap pelajar juga akan menerima sumbangan wang tunai RM500 bagi menampung perbelanjaan.

Beliau berkata kerajaan negeri menyediakan RM1.5 juta bagi menampung kos penerbangan manakala wang tambahan RM500 seorang adalah sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIMP).

"Kita komited untuk membantu pelajar-pelajar ini dan mahu mereka meneruskan pengajian dengan baik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di pejabatnya, di sini, Rabu.

Zambry turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan negeri tidak prihatin terhadap nasib anak negeri ketika keadaan genting di Mesir.

"Saya sendiri telah bercakap dengan duta kita di sana termasuk Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Sahlan Ismail yang berada di sana ketika berlaku rusuhan," katanya.

Kumpulan pertama pelajar itu akan berlepas ke Mesir pada 12 Mac ini bagi membolehkan mereka membuat persediaan menghadapi peperiksaan yang dijadual bermula 17 Mac.

Pelajar Malaysia yang berada di Mesir dibawa pulang selepas siri demonstrasi jalanan berlaku di bandar-bandar utama Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura sebelum Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan