PAS Dakwa Penubuhan Felda Plantation Bertentangan Akta GSA 1960

Diterbitkan: Rabu, 2 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: PAS mendakwa penubuhan Felda Plantation, sebuah anak syarikat Felda adalah haram kerana bertentangan dengan Akta Penempatan Beramai-ramai (GSA) 1960.

Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, berdasarkan Seksyen 7(2) dan Seksyen 11(1) Akta GSA 1960, Felda hanya boleh membuka tanah untuk individu dan melalui saham koperasi yang bertujuan untuk membasmi kemiskinan.

"Mana asas yang diguna oleh kerajaan Barisan Nasional (BN)apabila mereka mewujudkan Felda Plantation kerana strukturnya tidak ada peneroka dan tidak diberikan kepada koperasi.

"Tetapi Felda Plantation diurus sebagai satu syarikat. Peneroka pun tak tahu berapa keuntungan dan berapa pendapatan yang diperolehi oleh Felda Plantation," katanya pada sidang media di markas induk PAS di sini, Rabu.

Justeru katanya, tawaran 'Pelan 100 hari' Pakatan Rakyat menerusi 'buku jingga' iaitu untuk menghapuskan Felda Plantation pada dasarnya bertujuan mengembalikan hak golongan peneroka Felda.

"Sebab itu bila Pakatan Rakyat kemukakan tawaran 'buku jingga', sebenarnya kita mahu mengembalikan semula asas penubuhan Felda iaitu untuk menyusun semua masyarakat dan membasmi kemiskinan.

"Kalau buka Felda Plantation, kemiskinan mana yang nak dibasmi,masyarakat mana yang nak disusun," katanya.

Sementara itu pada sidang media yang sama, Mazlan turut menyatakan kesediaanya berdialog bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berhubung isu Felda yang dibangkitkan sekretariat Anak.

"Beliau pernah pernah buat tawaran untuk ajak kami berdialog tentang isu Felda... jadi sekarang saya ingin nyatakan bahawa kami sahut cabarannya itu.

"Saya akan bawa 20 orang sekretariat Anak ke ibu pejabat Felda, beliau hanya perlu nyatakan bila tarikhnya, sekurang-kurangnya kami akan bangkitkan 50 isu berkaitan Felda yang tidak selesai," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan