Pakatan Rakyat Selangor Sambut Ulang Tahun Ke-3 Pada 5-6 Mac

Diterbitkan: Rabu, 2 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat akan mengadakan Sambutan Tiga Tahun pentadbiran mereka dan pelancaran Buku Jingga pada 5 dan 6 Mac ini di Stadium Malawati, Shah Alam.

Menurut Sekretariat Akhbar Kerajaan Negeri Selangor, di antara acara yang akan diadakan sepanjang dua hari program ini berlangsung ialah pertandingan futsal, go-kart, persembahan kesenian, pameran, pertandingan memasak dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak.

Pertandingan futsal akan diadakan di Gelanggang Futsal Extreme Park, di sini manakala pertandingan go-kart akan diadakan di litar go-kart Stadium Shah Alam.

Solat Maghrib berjamaah akan diadakan pada 5 Mac bertempat di pekarangan Stadium Malawati diikuti acara kemuncak program ini iaitu pelancaran Buku Jingga oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan ceramah perdana oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Sebanyak 28 jabatan/agensi kerajaan negeri dan 22 pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) akan menyediakan pameran dan jualan sepanjang karnival berlangsung.

Antara jabatan dan agensi yang mengambil bahagian dalam pameran ialah Jabatan Agama Islam Selangor, SSIC Berhad, Tourism Selangor, Perbadanan Adat Warisan Negeri Selangor (PADAT), UNISEL dan 12 pihak berkuasa tempatan.

Sambutan Tiga Tahun Pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat akan dimeriahkan lagi dengan sajian persembahan kesenian dan kebudayaan oleh Perbadanan Adat Warisan Negeri Selangor (PADAT).

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan Majlis Pelancaran Buku Jingga dan Sambutan Tiga Tahun Pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Maklumat penuh mengenai sambutan ini boleh diperolehi dengan melayari laman web www.selangor.gov.my.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan