Najib Tiba Di Canberra Untuk Lawatan Rasmi Ke Australia

Diterbitkan: Rabu, 2 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CANBERRA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini Rabu untuk lawatan rasmi tiga hari ke Australia.

Ia merupakan lawatan kali pertama beliau ke Australia, sejak menjadi Perdana Menteri pada April 2009, dengan jadual yang ketat semasa di Canberra dan Melbourne.

Dalam lawatan ini, Najib diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan juga para pegawai kanan.

Pesawat khas yang membawa Najib dan rombongannya mendarat di Defense Establishment Fairbain di sini pada kira-kira pukul 9.35 malam (6.35 petang waktu Malaysia).

Ketibaan Najib disambut Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, Datuk Salman Ahmad.

Turut menyambut Najib ialah Menteri bagi Perkhidmatan Awam dan Integriti Gary Grey, yang mewakili Perdana Menteri Australia, Julia Gillard.

Lawatan itu atas jemputan Gillard sebagai membalas lawatan rasmi beliau ke Malaysia tahun lepas.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata lawatan itu menandakan hubungan dua hala yang kukuh yang sedia terjalin lebih daripada setengah abad yang lalu.

"Ia akan menyediakan peluang bagi Malaysia dan Australia untuk bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa demi kepentingan bersama," kata kenyataan itu.

Najib akan diberikan sambutan rasmi di dataran Bangunan Parlimen di sini pada Khamis, diikuti mesyuarat tertutup dengan rakan sejawatannya dan mesyuarat dua hala dengan anggota-anggota kanan kedua-dua delegasi.

Najib dijadual menyaksikan majlis pemeteraian memorandum persefahaman antara kerajaan dengan kerajaan dalam bidang pendidikan dan sukan.

Beliau juga dijadual bertemu Ketua Pembangkang Australia, Tony Abbott sebelum berlepas ke Melbourne untuk menghadiri majlis makan malam yang dihoskan Perdana Menteri Victoria Ted Baillieu.

Di Melbourne, Najib akan dianugerahi Doktor Kehormat daripada universiti tersohor di Melbourne, Monash University dan dijangka melawat Melbourne University.

Najib juga dijadual menghadiri perbincangan meja bulat dengan pemimpin-pemimpin industri Australia. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan