Kementerian Luar Berjaya Bawa Pulang Tujuh Pelajar Malaysia Dari Libya

Diterbitkan: Rabu, 2 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar berjaya membawa keluar kesemua tujuh pelajar Malaysia yang menuntut di Libya selepas lima pelajar yang belum berbuat demikian sebelum ini meninggalkan negara itu, Selasa.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata lima pelajar itu yang menuntut di Universiti Dakwah Islamiah, Tripoli diterbangkan dari Tripoli ke Djerba, Tunisia, semalam dengan kerjasama Ranhill Berhad.

Katanya pelajar tersebut dijangka berlepas dengan pesawat sewa khas Ranhill dari Djerba pada awal pagi esok (3 Mac) dan dijangka tiba di Dhaka, Bangladesh pada waktu tengahari hari yang sama.

Mereka seterusnya akan dibantu oleh Kedutaan Besar Malaysia di Dhaka untuk berlepas pulang dengan pesawat Malaysia Airlines pada awal pagi 4 Mac dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang pada 7.30 pagi hari yang sama.

"Kumpulan lima pelajar ini adalah dari tujuh pelajar Malaysia yang ditaja oleh World Islamic Call Society dan menuntut di Universiti Dakwah Islamiah, Tripoli. Mereka yang pada mulanya telah memilih untuk terus berada di universiti telah bertukar fikiran untuk kembali ke tanah air.

"Dua rakan mereka telah dipindah keluar pada 25 Februari lepas bersama 128 rakyat Malaysia lain dari Tripoli ke Tunis, Tunisia dengan pesawat sewa khas Tunisair dan kemudiannya dari Tunis ke Rome, Italy dengan pesawat Charlie C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)," katanya.

Katanya dua pelajar tersebut telah selamat tiba dari Rome ke KLIA dengan pesawat MH015 dua hari lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan