DUN Galas Dakwa Syarikat Terokai Tanah Orang Asli Rosakkan Alam Sekitar Di Lojing

Diterbitkan: Rabu, 2 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Seorang anggota Dewan Undangan Negeri (DUN)Kelantan hari ini berkata tindakan kerajaan negeri membenarkan penerokaan tanah di kawasan Lojing telah merosakkan alam sekitar di situ.

Abdul Aziz Yusoff (BN-Galas) berkata keadaan tersebut membangkitkan kemarahan Orang Asli di situ, kerana syarikat terbabit bukan saja menceroboh tanah adat yang didakwa milik mereka tapi juga menjejaskan sumber rezeki golongan berkenaan.

"Syarikat itu atas nama Ladang Rakyat telah merosakkan tanaman mereka menyebabkan penduduk Orang Asli itu terpaksa mencari sumber makanan yang lain dengan ditambah berlakunya kerosakan alam yang serius.

"Air sungai yang begitu kotor dan ada rumah penempatan mereka menunggu masa untuk runtuh kerana telah berlakunya hakisan tanah," katanya ketika membahaskan titah ucapan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V pada sidang DUN di Kota Darul Naim di sini.

Ini merupakan kali pertama Abdul Aziz mengambil bahagian dalam perbahasan pada sidang DUN selepas memenani pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 Nov lepas, mengatasi calon PAS Dr Zulkefli Mohamad dengan majoriti 1,190 undi.

Abdul Aziz berkata kerajaan negeri juga harus mewartakan segera tanah adat tersebut bagi menyelesaikan masalah penduduk Orang Asli di Lojing itu.

Beliau turut meminta kerajaan negeri menangani masalah murtad pada kalangan Orang Asli di Hulu Kelantan itu dengan menghantar pihak berwajib ke kawasan berkenaan bagi meneliti sendiri masalah tersebut.

"Jangan datang hanya ketika pilihan raya sahaja dan perlulah datang menjenguk mereka tidak kira masa dan atasi masalah (murtad) ini," katanya.

Sementara itu, Datuk Abdul Aziz Derashid (BN-Kuala Balah) meminta kerajaan negeri mengatasi masalah penghijrahan golongan muda untuk mencari pekerjaan di luar Kelantan disebabkan kerajaan negeri itu gagal menyediakan peluang pekerjaan.

"Di tempat saya ada satu sekolah yang kini ada seramai lebih 150 orang murid sahaja dan ini kerana tempat itu hanya tinggal orang tua sahaja kerana golongan muda sudah berhijrah ke luar," katanya.

Beliau turut menyokong saranan agar kerajaan pusat membina laluan baru menghubungkan Kota Baharu ke Kuala Krai bagi mengatasi kesesakan ketika ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan