Di Mana-mana Pun Rakyat Mahukan Pembangunan Seimbang

Diterbitkan: Rabu, 2 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, di mana-mana kawasan sekali pun masyarakat berkehendakkan pembangunan yang seimbang antara fizikal dan spiritual.

Ini katanya termasuklah pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.

Menurut beliau, tidak kira sama ada di DUN Kerdau atau di mana-mana tempat sekalipun, pembangunan agama dan fizikal perlulah seimbang.

"Itu politik merekalah (PAS). Sebenarnya semua tempat berkehendakkan (pembangunan) agama dan pembangunan (fizikal).

"Tak ada tempat pilih-pilih sama ada mahukan agama atau mahukan pembangunan (sahaja). Apa yang berbentuk baik semua orang nak, tak berpangsa-pangsa," katanya ketika ditemui semasa berkempen di Kerdau di sini, Rabu.

Sementara itu mengulas mengenai sokongan pengundi selepas masuk hari kelima berkempen, Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau itu berkata, beliau bersyukur apabila kehadirannya diterima baik oleh pengundi.

Jelas beliau, pengundi di kawasan berkenaan memberikan reaksi positif terhadapnya dan yakin menerima lebih banyak sokongan.

"Sokongan bertambah hebat, itu sebagai bukti mereka menyokong, bila kita pergi ke tempat mereka pun, mereka sambut dengan baik.

"Kita perlu bergerak lebih banyak, walaupun ada tempat sudah dikunjungi, kita kena ulang balik," katanya.

Pada pilihan raya kecil DUN Kerdau yang akan diadakan Ahad ini, Syed Ibrahim ditentang calon PAS, Hassanuddin Salim yang juga Ketua Penerangan PAS Pahang.

Kerusi DUN berkenaan kosong berikutan kematian penyandangnya daripada BN, Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan