Bom Peninggalan Perang Dunia Kedua Diletupkan

Diterbitkan: Rabu, 2 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Rabu memusnahkan bom peninggalan perang dunia kedua yang ditemui di tapak pembinaan KLIA 2 di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Deputi Supritendan Baharudin Mustafa berkata, bom yang dipercayai berusia 50 tahun dan telah berkarat itu diletupkan pada pukul 3.20 petang di tapak pembinaan itu.

Beliau berkata, bom yang tidak dapat dipastikan sama ada aktif atau tidak itu ditemui pekerja pembinaan pada pukul 12.30 tengah hari Isnin lepas ketika melakukan kerja mengorek tanah.

"Bom itu diletupkan di dalam satu lubang mengikut spesifikasi tertentu, di tapak penemuan bom itu yang jaraknya kira-kira 5 kilometer dari terminal KLIA," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, di sini.

Kerja pembinaan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) yang baru atau KLIA 2, sedang giat dijalankan dan dijangka siap pada Oktober 2012.

Mengenai dakwaan landasan kapal terbang di KLIA ditutup berikutan kejadian itu, Baharudin meminta perkara itu dirujuk kepada pihak Malaysia Airport Berhad. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan