PRK Merlimau: Calon PAS Sedia Keluar Dari Kuaters

Diterbitkan: Selasa, 1 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JASIN: Calon PAS pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Yuhaizad Abdullah mencabar Barisan Nasional (BN) membuktikan bahawa kuaters guru yang dihuni bersama keluarga di Kemendor sekarang dibina dengan wang Umno.

Yuhaizad berkata, jika BN berjaya membuktikan bahawa mereka sekeluarga kini tinggal di bangunan milik Umno, maka beliau sedia keluar dari unit kuaters berkenaan.

"Jika BN dapat buktikan yang kuaters itu dibina menggunakan duit Umno, saya akan keluar dari rumah itu malam ini juga," tegasnya kepada pemberita semasa ditemui berkempen di Pasar Tani Merlimau di sini, Selasa.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin menganggap calon PAS dan isterinya, Shakila Mohamad yang merupakan guru di sebuah sekolah daerah ini kurang berterima kasih walaupun tinggal selesa di kuaters guru.

Banyak pihak mempertikaikan tindakan calon PAS terbabit yang tinggal di rumah yang disediakan kerajaan tetapi menjadi menyokong parti pembangkang.

Sementara itu, pada sidang akhbar lain, Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad memberitahu bahawa parti itu mahu bertanding di Merlimau dalam keadaan baik dan sihat tanpa sebarang kacau-bilau.

Katanya, pihaknya menolak amalan politik ala samseng yang ternyata tidak memberi keuntungan kepada mana-mana pihak sekali pun.

"Kita amat kesal dengan tindakan pihak tertentu yang menaikkan kain rentang berunsur fitnah bertulis "PAS Melaka menyokong penuh fahaman pluralisme agama Datuk Seri Anwar Ibrahim" dengan gambar Anwar dan "Undi PAS masuk syurga" dengan gambar Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat," dakwanya.

Bagaimanapun beliau memberitahu, pihaknya tidak akan membuat sebarang laporan polis berhubung perkara berkenaan.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan