Perhimpunan Hindraf Beri Imej Buruk Pada Negara: Dr Mahathir

Diterbitkan: Selasa, 1 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TANJUNG MALIM: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan pertubuhan haram, Hindraf, mengadakan perhimpunan Ahad lalu memberi imej buruk kepada negara.

"Cara itu bukan bersesuaian dengan kita, kerana negara kita aman, orang di sini semua mempunyai pekerjaan dan bukan seperti negara-negara luar," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Kilang Miyazu Malaysia Sdn Bhd di Proton City, Selasa.

Katanya, kerajaan telah mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan dan memberi latihan untuk rakyat bagi mengisi pelbagai jawatan yang setaraf dan bersesuaian untuk mereka.

Oleh itu, katanya, tiada sebab kumpulan tersebut melakukan demonstrasi kerana ia akan memberi imej buruk kepada negara.

"Kita nak tunjukkan kebaikan negara kita. Cara tersebut tidak sesuai dilakukan di negara yang aman seperti Malaysia," katanya.

Seramai 109 orang termasuk lapan pemimpin Hindraf ditahan semasa perhimpunan. Polis turut merampas sepanduk dan kemeja-T mengandungi perkataan berbentuk provokasi yang boleh menjejaskan perpaduan kaum di negara ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan