Muhyiddin Ucap Takziah Kepada Keluarga Bekas ADUN Pulau Tawar

Diterbitkan: Selasa, 1 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman mengucapkan takziah kepada anggota keluarga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Jerantut, Datuk Azizan Yaakob yang meninggal dunia malam semalam.

Muhyiddin berkata bekas Exco Pemuda UMNO dan blogger yang aktif itu telah banyak menyumbang idea dalam memastikan UMNO terus relevan khususnya di kalangan anggota Pemuda UMNO.

Beliau berkata pemergian Azizan bukan sahaja dialami oleh kaum keluarga Allahyarham malah turut dirasai oleh rakan seperjuangan di dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Kami berharap anggota keluarga Allahyarham bersabar menghadapi kehilangan insan tersayang dan berdoa semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan semoga beliau ditempatkan di kalangan para solihin," kata Muhyiddin dalam satu kenyataan, di sini, Selasa.

Azizan yang merupakan ADUN Pulau Tawar dari 1995 hingga 1999, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada 11.40 malam semalam akibat serangan strok setelah koma sejak Sabtu lepas.

Allahyarham aktif dalam dunia blogger dengan mengendalikan blog Melayurayadaily.blogspot.com. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan