Calon PAS Patut Hargai Jasa BN - Khairy

Diterbitkan: Selasa, 1 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JASIN: Calon PAS pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Yuhaizad Abdullah sepatutnya mengiktiraf peranan Barisan Nasional (BN) yang menyediakan pelbagai kemudahan termasuk tempat tinggal untuk pegawai kerajaan dan guru.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menegaskan, walaupun calon PAS itu enggan berterima kasih atau bersyukur beliau wajar menghormati kerajaan BN yang memerintah.

"Kuarters itu memanglah bukan duit Umno tapi dia kena faham kerajaan yang dibentuk oleh BN dan Umno sebagai parti peneraju perikatan BN.

"Ini memang duit rakyat daripada cukai rakyat tapi bagaimana duit itu dibelanjakan adalah keputusan dibuat oleh kerajaan BN.

"Jadi apabila beliau tinggal di kuarters yang bukan dibina oleh duit Umno tapi itulah kuarters yang disediakan untuk guru dan kakitangan awam yang dibuat melalui kerajaan yang ditubuhkan oleh BN," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Pemuda BN bercakap kepada pemberita semasa menyertai program Jelajah One Malaysia (JOM) anjuran Pemuda BN di Ayer Merbau dekat sini, Selasa.

Sebanyak 500 rumah akan diperbaiki sehingga akhir bulan ini mengikut perancangan program JOM.

Beliau mengulas kenyataan Yuhaizad yang mencabar BN supaya membuktikan kuarters kerajaan yang diperuntukkan untuk isterinya, Shakila Mohamad yang bertugas sebagai guru dibuat menggunakan wang Umno dan jika terbukti beliau bersama keluarganya akan keluar segera dari penempatan berkenaan.

Khairy memberitahu pernah melawat beberapa negara yang langsung tidak menyediakan kemudahan termasuk rumah untuk kakitangan kerajaan berbanding dengan Malaysia.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan