Transformasi Boleh Elak Malaysia Alami Nasib Seperti Negara Lain - Najib

Diterbitkan: Isnin, 28 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau percaya transformasi besar yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan akan dapat mengelakkan negara ini mengalami nasib yang sama seperti gelombang kebangkitan rakyat di beberapa negara ketika ini.

Perdana Menteri berkata ini kerana di Malaysia, kerajaan mengamalkan sistem yang telah memberi peluang untuk kerajaan mengetahui apa jangkaan dan aspirasi rakyat.

Menurutnya dengan amalan sistem demokrasi yang terbuka, apa juga hasrat rakyat akan dapat diketahui oleh kerajaan.

"Saya selalu menegaskan ini adalah penting dan inilah yang boleh menjadi jaminan (untuk kestabilan)...maknanya apa yang kita lakukan kita meletakkan dan mendahulukan kepentingan rakyat," katanya.

Najib berkata demikian dalam ucapannya pada majlis Bersama Pemimpin sempena Dermasiswa Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) anjuran Persatuan Alumni UIAM di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, malam Ahad.

Dalam perkembangan lain, Najib juga menggariskan tiga aspek di mana sesebuah persatuan alumni dapat memberi sumbangan bermakna kepada perkembangan universiti dan pembangunan negara keseluruhannya.

Beliau berkata yang pertama adalah melalui sumbangan secara langsung kepada kejayaan bekas universiti seperti sumbangan kewangan untuk menaja beberapa pelajar bagi pengajian mereka.

Dalam hal ini, beliau berkata Persatuan Alumni UIAM membiayai tiga penuntut peringkat doktor falsafah.

Aspek kedua ialah persatuan alumni boleh menyumbang kepada masyarakat dengan melakukan aktiviti bermakna seperti mengajar Bahasa Inggeris kepada pelajar di kawasan luar bandar.

Aspek ketiga ialah persatuan alumni perlu mendokong agenda nasional demi kebaikan semua. Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan beberapa anugerah UIAM 2011.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima Anugerah Khas Alumni.

Berikut adalah penerima anugerah:

Anugerah Khas Alumni: Tun Dr Mahathir Mohamad

Penghargaan Khas Alumni: Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan

Anugerah Tokoh Alumni:

* Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (Menteri Besar Perak)

* Datuk Ahmad Said (Pengarah Urusan Agro Bank) * Prof Dr Ida Madieha Abdul Ghani Azmi

* Tan Sri Ismail Omar (Ketua Polis Negara)

* Ensar Eminovic (Duta Bosnia Herzegovina ke Malaysia)

* Prof Datuk Dr Khairil Annas Jusof

* Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff

* Datuk Khairul Anwar Rahmat

* Datuk Muhammad Khairun Tan Sri Aseh - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan