Tiga Peratus Lagi Untuk Capai Sasaran Penembusan Jalur Lebar - Rais

Diterbitkan: Isnin, 28 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JASIN: Hanya tiga peratus lagi diperlukan untuk mencapai sasaran 60 peratus penembusan perkhidmatan jalur lebar di kawasan bandar di seluruh negara sehingga akhir tahun ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, kadar penembusan pada masa ini adalah sebanyak 57.4 peratus.

"...untuk kita nilai perkhidmatan jalur lebar dari segi sebenarnya, kita perlu giatkan pusat-pusat komuniti (CBC) yang dah dilancarkan. Ia akan jadi hab atau pusat kegiatan komunikasi kita di sesebuah daerah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kampung WiFi di Kampung Merlimau Pasir, dekat sini, Isnin.

Rais berkata, kadar penembusan jalur lebar di negeri Melaka pula telah mencapai 60 peratus.

Katanya, kerajaan juga sedang menimbang beberapa kemudahan lain untuk meningkatkan pencapaian jalur lebar ke seluruh negara termasuk menggunakan optik gentian.

Katanya, selain membekalkan optik gentian ke kawasan bandar, kerajaan juga berhasrat memperluaskan penggunaannya ke kampung-kampung dan kawasan pedalaman setelah menimbang kos keseluruhannya.

"Bila dapat dirumuskan kos sebenar, kami diyakinkan ia akan sampai ke kampung-kampung... tapi dengan usaha SKMM(Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) menerusi Kampung WiFi, kita yakin penembusan di kawasan pedalaman akan berjaya sepenuhnya pada akhir tahun ini," katanya.

Rais juga berkata sebanyak 1,000 buah Kampung WiFi akan dilancarkan di seluruh negara menjelang akhir tahun ini, di mana 100 buah daripadanya terletak di Melaka.

Beliau berkata, setiap projek tersebut yang dianggarkan sekitar RM25,000 hingga RM30,000 bergantung kepada jaraknya dari pusat bandar atau pusat komuniti yang menempatkan peralatan sambungan internet tanpa wayar.

Beliau berharap orang ramai dapat bersabar sekiranya berdepan dengan masalah sambungan internet yang perlahan di kampung-kampung WiFi.

"Saluran jalur lebar Kampung WiFi adalah saluran yang dapat beri faedah minimum, bukan begitu laju. Kita anggarkan sekitar 4 megabit sesaat di Merlimau Pasir. Kalau ramai (pengguna), perlahan. Ini perkara biasa. Namun dengan kecanggihan industri kita lama kelamaan perkara ini akan dapat kita atasi," katanya.

Rais turut berharap penggunaan jalur lebar di sekolah-sekolah dipantau bagi mengelakkannya disalah guna.

"Kita maklum ini boleh bawa kepada beberapa natijah kurang sihat namun kita mesti pastikan pencarian ilmu jadi landasan pertama," tegasnya.

Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Dr Rais, Datin Seri Masnah Rais, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf dan Pengerusi SKMM Tan Sri Khalid Ramli. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan